Sunday, November 29, 2009

bebel la sajek

aku menaip sambil ditermani kyra kat sebelah ni....kyra sekarang asyik bercakap...ada yang aku faham tapi banyak nya yang tak paham la.haha

hari semua orang bangun lambat. semua orang tu adalah aku, kyra termasuk ayahnya. haha. malam tadi semua orang pun memang tido lambat. paling awal kyra pukul 12.30. then aku kol 3. Encik hubby pun sama kol 3. Aku siapkan order. Hubby siap kan coding..ooo..coding tu bukan la untuk laman web aku ok...tu untuk kerja part timenya...bila la web aku nak dibangun kan nih....kekee..

ohya, hari ni aku nak gie kluang.. lawak tak. gie kluang semata mata nak gie kluang station.hahah..saje je nak jejalan then mak nak ikut sekali, adik akupun aku angkut sekali sebab dier tahu kat mana kluang station kat keteapi tu. pastu boleh la buat sessi photography sekalik kan...huahaua..

pastu adik aku cakap mak nak singgah air hitam...ooo..kalau dah ke sana tempat ni harusss pergi, kalau my mom la....boleh la aku tgk kalau ada tikar mengkuang.....ehh...mengkuang kee....haha.. apa apa la....so akan bergerak pukul 2 nanti......

aku bercuti panjang ni sampai rabu...best ekkk....best laa dok umah...actually aku cuti dari khamis hari tu.

semalam pulun kemas rumah. lipat kain kemas bilik dan hasil nya adalah sejuk mata memandang.hahaha....

ok..will update soon pasal cerita gi kluang..kekee...

Friday, November 27, 2009

Selamat

Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua muslimin dan muslimat yang sudi membaca blog ini.

Friday, November 20, 2009

aku yang gigih

Aku bekerja dengan gigih..haha...kenapa aku cakap macam tu kan. sebabnya tiap tiap hari aku pergi kerja 8-5. belum termasuk kalau ada kelas until 6. then aku juga adalah tutor di oum yang perlu mengajar selang seminggu pada tiap tiap hujung minggu di pusat oum. dan aku juga seorang biz women (ecehh) yang menerima tempahan bunga pahar, bunga dulang dan bunga tangan untuk mereka yang ingin berkahwin.
 
Dan aku juga seorang yang sedaya upada cuba menyediakan sarapan untuk suami dan anak walaupun dalam seminggu adalah 2 kali yang sempat. ekeke
 
Setiap hari aku cuma untuk memasak untuk keluarga setiap hari selepas balik kerja sebab aku dah muak makan kat luar atau restoran Naiman yang dekat dengan rumah aku tu.
 
Aku juga sedaya upaya cuba bermain dan mengajar anak setiap hari. Sedaya upaya membuat sesi reading story book setiap hari bersama anak.
 
Aku juga mempunyai hobi iaitu menjahit. Tapi menjahit boleh buat bila tak de tempahan bunga jekk...Dan dah lama tak menjahit sebab tempahan bunga non stop sejak 2 bulan lepas.......
 
Gigih tak aku?....:))
 
hari ni baca entry kat Okinokiyo  pasal passionate......ye I totally agree with her.....kita kene passionate dengan pa yang kita buat untuk dapatkan hasil yang membangga kan.......
 
 

Thursday, November 19, 2009

one best story

hari ni baca satu cerita best kat utusan pasal Puan Seri Sharifah Aziah Syed Zainal Abidin, isteri bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar. Ceritanya pasal Puan Seri ni walau pun banyak duit dan kaya, selalu ikut hubby dier pergi luar negara la sume tapi tak pernah pun beli belah baju dan segala aksesori nya kat butik butik glamer. Sebab? sebabnya dier buat sendiri sume benda tu. Best kan.
Dia pandai jahit baju dan mereka baju....boleh reka fesyen yang sesuai untuk digayakan la. dan beliau ni pandai juga melukis dan buat sendiri aksesori. Lagi dalam artikel tu kata masa anak sulung die kahwin, dier sendiri yang jahit dan reka kan baju pengantin untuk anak die..bestkan....ooo...sangat best
lagi bestkan sebab dier surirumah...waaa...best best....pastu puan seri ni juga suka tanam tanam pokok kat rumah...
best ekk jadi orang kreatif ni....boleh buat sendiri dan akan ada satu rasa puas dapat pakai barang yang kita buat sendiri.....
 
nak baca cerita lanjut....baca kat sini
 

Wednesday, November 18, 2009

Trip planning 1

 
Cantik kan tempat kat atas tu...tu la Damai Puri & Spa Resort kat kuching. Belakang tu view gunung santubing. Berangan nak pergi sana tapi kan aku tgk rate dier semalam...aiseyyy tak bule laaa....over budget untuk buget hotel plak......paling murah semalam kat situ rm640. tu pun setakat pool view jek. kalau nak sea view ke ..view lenlain...lain la harganya...sure la lagi mahal kan........
tapi tempat dier cam best giler kan.. dapat buat sesi fotografi dengan kyra dalam gambar kat atas tu mesti best.....haha
 
so....alternatif lain please......hehehe
 
kalau nak juga duduk kat kawasan berlatarbelakangkan gunung santubong dan beach, ada la resort lain yang aku survey iaitu Damai Beach Resort atau Santubong beach Resort......Rate dua dua ni aku mampu laa....hahaha......view cam best kat Damai beach tulaaa.....
 
ok..so penginapan kalau nak bermalam kat area sana dah nampak laa....
 
ok tak ekk...2 malam kat bandar , 1 malam kat area beach ni.........sebab aku gie kan 4 hari 3 malam jee....len kali kena tambah lagi satu hari...haa.....
 
kalau penginapan dah ok sekarang adalah masa nya nak cari tempat tempat nak pergi untuk bersoronok seronok........yang pasti Sarawak Cultural Village tu mesti nak pergi laaa.....aku dengar sekarang nak masuk RM60 per person...children tak tau plak....

Tuesday, November 17, 2009

Trip Planning yang masih berterabur

January ni kan family trip kitaorang nak ke kuching. So sebab dah lama dah booking aku pun macam dah terlupakan trip ni sebabnya tak survey pun apa lagi. So hari ni baru la hegeh hegeh nak survey hotel. mana hotel yang dekat dengan bandar, yang best fasiliti. So setelah di survey survey adalah beberapa hotel yang dah termasuk dalam senarai hotel iaitu

1. Four Point by Sheraton kuching
2. Margherita Hotel kuching
3. Riverside Majestic hotel
4. Merdeka palace hotel
5. Harbour view hotel

macam nak stay kat sheraton tapi sheraton jauh skit dari bandar dalam 15 minit gitu. tak sesuai untuk aku kalau nak jalan jalan dengan jalan kaki gi shopping atau pun naik sampan kat sungai sarawak tu atau jalan jalan kat waterfront tapi kan sheraton hotel tu cam best jekk

pilihan kedua nak gie adalah Margherita hotel sebab dekat dengan sungai sarawak tu. mesti lawa kalau memalam kan so kena la booking bilik mengadap sungai tu.

Harbour view hotel tu pun ok. dekat dengan town gak kira boleh la jalan jalan kaki berjalan kan. Rate pun ok sesangat. Antara 5 yang aku senaraikan yang ni la paling murah rate dier.

merdeka palace hotel tu 5 star. Aku tgk rate dier mahal la gak. tapi nye aku tgh inquiry as gorvenment servant dapat tak special discount ke apa kan....hehehe....derang ni tak balas balas la email aku.

so...still belum ada keputusan nak stay kat mana. lagipun aku ada terfikir gak nak bermalam dekat dengan pantai dekat dengan gunung santubung tu. Ada satu resort derang kate best. Damai Puri Resort. boleh gak kalau nak stay satu malam kat situ kan. Pantai ni jauh la dari bandar. tapi dekat dengan sarawak cultiral village. Tu must visit place tu.

Plan nye berterabur la lagi. Cuma nya hotel kat bandar cam dah ok skit sebab nampak la skit nak dok mana kan...

pasal transport pun belum decide lagi. nak guna taxi ke ataupun nak sewa kereta je. kalau sewa kereta kang buat tak tahu jalan sesat barat lagi la payah kan. kang sia sia la pulak trip aku.

nanti aku update lagi apa yang aku dah survey pasal trip nak gie kuching ni. manala tahu kut kut ada gak orang nak gie kuching kann...

Saturday, November 14, 2009

bila kyra makan

Tgk aksi kyra makan...hahaha..dasat tak dasat..beriya iya...sekarang asyik nak makan sendiri takmo disuapkan...kunun dah besar kutt...atau nak explore lebih.....sebab separuh masuk mulut separuh kat lantai....hmmmm.....tak pela janji bahagia ..






Thursday, November 12, 2009

Happy Bithday to ME

happy birthday to me!. Yeayy....today i'm turn to 28. Dah tua plak rasanya. :)

may all dream come true. May all my wishes will come true. Semoga business menjadi semakin bagus. Semoga Allah merahmati setiap langkah yang aku buat untuk menjadikan impian menjadi kenyataan. 

Dan semoga semua orang senang dan sayang kan aku.....ekekeee....

gamba kek esok je...sebab esok baru dapat keknya..........ingat nak cuti esok tapi tah pasal cuti semua orang dibekukan sehingga esok.....hmmm....takpela kerja je.......

Sunday, November 08, 2009

hari yang penat tapi besttttt

harini best...hehe....rasa cam dah lama tak bermasa kualiti bersama family. walaupun hujung minggu ni kene kerja juga kat oum tapi dapatlah juga diselit selitkan masa dengan kyra dan sayang. dan dapat juga pergi umah mak dan mak mentua..hehe...

sabtu petang bawak kyra pergi playground kat bukit serindit. die sangat syok sampai takmo balik. terpaksa balik sebab dah maghrib. melalak tak ingat budak kecik tu..aku tgk alahai sian nya tak puas main....so planning esoknya nak datang balik laa..

then pagi ahad pergi lagi sekali........kyra main buaian je dekat setengah jam aku rasa...haha..tak bagi peluang budak lain nak main.sib baik ada banyak buaian kat situ.......tunggu dier main sampai penat.....then main slide..main tu main ni...hahah.....excited betul...so sebab kyra suka sangat dan memang setiap kali ajak balik mesti menangis aku plan tiap tiap minggu mesti kene pergi playground laaa......

kat sana aku pun asah la bakat bakat fotografi aku ni..hahaha....dah nampak ok skit nak manage lens baru ni...masa memula beli rasa tensi gile sebab tak pandai nak zoom..asyik blur jee..ni rasa cam ada peningkatan laa..hahha...takpekan puji la diri sendiri...hah..ada sesapa yang nak bersalin aku nak offer amek gambar baby...hehehe...biras sebelah umah dah pregnant, akak aku pun dah pregnant tapinya nak kene tunggu tahun depan lorr bulan 6 baru bersalin...ekeke...takde yang nak bersalin dekat dekat....tapinya aku nak practise laaaa....tak cantik gamba jangan le marah...ekeke.......



Friday, November 06, 2009

promosi leesyacreative

hai...sila lihat promosi terbaru leesyacreative di http://leesyacreative.blogspot.com.

khas untuk bakal bakal pengantin yang sibuk dan kurang arif tentang gubahan. Boleh la menggunakan kami untuk menyerikan majlis anda. Leesyacreative akan memantapkan lagi koleksi kami dengan gubahan fresh flower untuk bunga tangan dan bunga meja dari fresh flower. 

Wednesday, November 04, 2009

kyra sekarang





Lama tak cerita pasal kyra. kyra sekarang dah setahun sembilan. sekejap je kan. Rindu plak masa dia baby baby dulu. Tapi dah besarpun bagus gak. Dah boleh berdikari sendiri. Kalau dulu bila time masa je mesti terkejar kejar masa dier tgh tido tapi sekarang sambil masak kyra boleh main main sendiri atau tgk vcd tak kirala barney ke, ABC song ke, Wold World ke ataupun YBCR. Sib baik ada VCD YBCR tu sebabnya aku ni selalu la sibuk sajek memanjang tak ajar kyra all the wording dalam flash card YBCR tu....so biar dier tgk cd tu...time die tgk die tgk la time die tak mo die main laa....aku just pasang je...walaupun dier tak tengok tapi dier dengar......reading session sekarang pun bila bila je....kekadang sebelum tido, kekadang sambil buat bunga, kekadang dalam kete, haha...ohya kyra paling suka dengan cerita THE LION AND THE MOUSE....bila aku baca sambil buat action lelama dier pun ikut gak......angin juga kyra tu sebab bila sampai je last word dalam citer tu dier start maah marah sebab cerita dah abis...so kene la ulang ulang baca cerita tu sampai dier ok.....dah naik hafal dahhh maknye ni.......

kalau pasal wording plak adalah skit skit wording yang dier dah boleh sebut....tapi still tak mo panggil aku ibu....asyik mak mak mak.....hmmmm...dier boleh sebut ayah bila suruh tapi bila nak panggil ayah nya still sebut mak mak mak.......haha

dan lastly....ekeke...kyra budak yang sangat ngada ngada plus manja.........agaknya sebab sorang kut...hah? bila nak tambah...nanti la ye...bila fizikal mentak dah sedia baru la boleh...sekarang ni aku rasa baik fizikal atau mental dua dua belum ready ok....haha....

okla..enjoy gambar gambar kyra yang terbaru...

hidup cuma sementara

Semalam kawan satu tempat kerja meninggal. maybe it cause by heart attack. Meninggal dalam bilik server. panggil ambulans dalam sejam juga paramedik try to safe him but Allah lebih sayangkan dier. Sebab aku ada kelas until 6 so kebetulan aku pun balik lambat. so masa paramedik tu try to safe him aku pun dok la tunggu sebab nak tahu perkembangan. tapi tak dapat juga diselamatkan. paling sedih sesangat masa wife die datang.....masa tu wife dier belum tahu husband dier dah takde. so dier masuk then paramedik datang inform dier, dengarkan dier menagis dan merintih alahai....sangat sedih...sebabnya arwah ni masa pergi kerja pagi tu ok je...takde pape..sihat je.....cuma dier cakap husband dier ada pesan jaga anak baik baik...then pergi kerja macam biasa....
then kekawan dier kate masa breakfast tu dier just cakap sakit dada skit dan tangan dier macam krem.....mana la tahu kan....
aku kenal arwah lama dah......cumanya tak close laa kan.....umur dier 38....anak 3.......wife dier tak kerja ....lagi berganda kesian aku...
kitaorang yang meunggupun sama sama menangis.......kami yang tinggal sempat bacakan yassin sebelum mayat dibawa ke hospital untuk bedah siasat
semua orang tak sangka...sangat tak sangka.....semua orang terkejut...kalau kami ni terkejut apatah lagi isteri dan anak anak die kan..
then aku terfikir....orang nak meningal ni sekejap je...daripada sihat biasa kalau Allah dah panggil maka pergi la kita....ada dua benda yang aku belajar semalam iaitu sentiasa memaafkan orang dan hiduplah dengan gembira bersama orang tersayang, jangan gaduh gaduh...jangan marah marah sebab hidup ini sangat singkat.........jangan nanti kita ralat tak sudah....a