Friday, August 12, 2011

berat tak naik sebab menyusu badan?


Amni dah check up sebulan hari tu. Berat dia dah jadi 4.73kg.....tahu tak? sama berat dengan kakak dia masa kyra umur dua bulan...waa..mau lawan kakak kah, adik?

Dulu kyra breastfeed. Amnipun breastfeed gak...nak kata Amni kuat menyusu, aku rasa lebih kurang kyra jee....tapi apa yang aku belajar kali ni adalah cara aku menyusukan derang. Ada bezanya.

Kyra dulu lahir 3.0 kg. Amni lak 3.2 kg..tak banyak bezakan....tapi masa checkup sebulan berat kyra hanya 3.8kg.....masih normal laaa tapi cuma naik 800gram sajek...tapi amni ni naik sampai 1500gram.......beza sangatkan...

ok..ni aku nak share la tapi ianya beradakan permerhatian aku dengan sedikit pengetahuanla kan..bukan la ku bijak sangat pun...

susu ibu ni ada dua bahagian....aku rasa sesape yang menyusukan anak derang mesti tahu pasal ni iaitu foremilk dan hindmilk. Foremilk tu susu yang awal dan foremilk tu susu yang kemudian...

bila kita susukan anak kita, anak kita akan merasa bahagian foremilk dulu iaitu bahagian yang susu awal yang kurang lemaknya, lebih air dan tinggi karbohidrat berbanding hindmilk yang mengandungi lemak yang tinggi dan kurang air. Ianya lebih pekat.....

Salah satu faktor mungkin kenapa bayi kita tidak naik berat badan dengan banyak adalah di sebabkan baby lebih minum bahagian foremilk berbanding hindmilk tu. Jadi kene pastikan baby menyusu lama skit untuk confirm dah sampai bahagian hindmilk. Foremilk tu sesuai untuk hilangkan dahaga bayi. Sebab tu bayi tak perlu minum air masak...

Kekadang tu kita rasa breast kita penuh dua dua belah so kita susukan anak kita contohnya belah kiri dulu....then sebab kita nak ringankan breast belah kanan kitapun tukar/offer belah kanan pulak yang mana bahagian kiri tadi belum sampai pada peringkat hindmilk.....jadi baby kuranglah dapat lemak yang kuranglah gain weight..belah kira baby minum foremilk, kananpun foremilk..tu yang tak dapat nak naik berat...

kekadang kita stress sebab kita bagi susu badan yang dikatakan terhebat di dunia tapi kenapa berat anak kita tak naik kalau nak di bandingkan dengan baby yang amek susu formula. So..inilah dia, kena ada ilmu.

Apa yang ditulis ni adalah untuk naik berat je tau bukan untuk bagi anak kita bagi debab, berketak2 ke bagai sebab pada aku faktor tu ada kaitan dengan genatik...kalau mak ayah dia jenis kurus je, so anak pun lebih kurang la kann.....gitulaaa...

Apa pun, yang penting adalah sihat......berat naik ikut sepatutnya bukan kene naik melampau2 ok.......tak kisahlah anak orang chubby anak kita tak...yang penting sihat........

So, pastikan kita menyusu baby dengan satu breast dulu sampai dia kenyang / breast dan ringan then barulah offer lagi sebelah kalau baby nak lagi...

Tu pemerhatian aku laa...bukan aku pakar ekkk......sebab kali ni aku pastikan Amni menyusu lama sebelah breast dulu baru offer lagi satu..ataupun belum sempat offer Amni pun dah tidur kekenyangan.....

ok....nanti tulis la....



1 comment:

Anonymous said...

Oooo...patutlh... Baby saya lahir 3.2 sbln pastu 4.75 je...mmg bg fully breastfeding. Kena ubah cara susukn baby. Tq krn kongsi know.edge n experience