I'm truly happy with my life, being wife to my beloved man and mother to my two little girl.
Monday, January 31, 2011
Happy Birthday, Dear
Friday, January 28, 2011
petua kurangkan morning sickness
- kurma
- pisang
- anggur
- kentang
- kekacang
- delima
- limau
- pear
Bila tak leh makan pisang so aku tukar dengan tembikai. Pulun tembikai tiap2 pagi dalam keteontheway gie opis. Kurma pun makan. Tapi bukan la menghilangkan terus morning sickness tu cuma dia boleh mengurangkan. Badan pun rasa ok skit....
Cubala...tak salahkan mencuba....
Wednesday, January 26, 2011
gastrik dan sewing project
Tuesday, January 25, 2011
straw painting with kyra
Monday, January 24, 2011
bunga lidah buaya
reading activity with kyra
Sunday, January 23, 2011
jemput2
Saturday, January 22, 2011
buat apa ini hari??
Friday, January 21, 2011
Sambal Petai Udang - cerita dan resepi
- 100 gm petai - beli dah siap kopek
- udang - 1kg
- cili kering- blend ye, agak2 semangkukla. Ikutlah serving korang ramai ke tak
- bawang kecil - tumbuk ke blend
- bawang besar - mayang ye
- belacan- skitla
- Asam jawa
Thursday, January 20, 2011
Anemia masa mengandung
Anemia ni berlaku bila sel darah merah kurang dari biasa. Nak tahu ada anemia ke tak kene la tgk paras HB kita. HB ni atau ayat panjangnya adalah hemoglobin yang mana tugasnya adalah membawa oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Ok, aku bukan doktor ok tapi aku baca sana sini. Kalau ada yang nak tambah sila sila la ye. So kekurangannya la yang menyebabkan anemia. Anemia mudah berlaku pada ibu hamil sebab kita kene share dengan baby.
Masa first check up aku untuk pregnancy kali ni, aku terkejut gilos bila tgk paras HB aku yang skit lagi terkucil masuk ke paras teruk. Paras teruk ok..huhu..Bacaan HB aku 8.4 sajek. Patut la tahap letih aku melampau gile rupanya HB rendah. Nasib baik baby masih bertahan dan kuat kat dalam.
Mengandung kali ni, aku kene juga morning sickness. So selera makan tu macam mati je…tak bermaya langsung nak makan.. So mungkin sebab tu la HB aku jadi truk sangat.
Kesannya pada aku:
-Letih melampau, dudukpun rasa letih. Lepas makan terus nak kene baring, tak larat sesangat.
-Dada berdebar2. kerapkali.
-Nafsu makan kurang
-Pucat
-Sakit kepala
Pada baby pun boleh mendatangkan bahaya. Macam keguguran. Tapi tu mungkin bila dah masuk tahap teruk atau sangat teruk. Kalau tak kawal, tak jaga memang bahayala. Pada ibu pun bahaya, boleh tumpah darah sume.
Kekadang tu waktu mengandung ni, kalau memula HB kita cantik macam 13 ke 14 ke pun boleh jatuh bacaannya bila baby dah makin membesar. Jadi masa hamil kenela jaga pemakanan. Makanlah segala ubat yang doktor bagi. Makan benda yang boleh memberi kita zat besi contonya:
Ikan kembung
Kerang – ni aku tak leh makan. Makan sakit perut.
Hati – ni aku loya skit
Ikan bilis – ni aku suka
Tampe – suka juga
Kurma dan kismis- dah jadikan amalan harian.
Bayam – suka sangat.
Dan ada banyak lagilah yang boleh korang google. Mesti berlambak lambak keluar info. Aku bila tgk HB aku rendah tu, barulah rasa insaf dan takut. Barulah paksa diri ni makan itu ini. Tapi yelah sebab morning sickness tu macam takde ampun laa….hahaha….tapi untuk baby aku gagahkan juga.
So last check up HB dah naik 11.8. Dah cantik laa. Lega skit. Tapi pemakanan still kene jaga sebab dia boleh jatuh balik.
Sedikit tips- kalau makan vitamin ferum tu, sila makan dengan vitamin C atau makan dengan air buah buahan sebab vitamin C ni akan memudahnya penyerapan ferum tu. Lagi satu, jangan makan ferum dengan susu sebab susukan menghalang penyerapannya pula. Nak minum susu tu kene gap dalam sejam ke dua jam.
laksa johor
Wednesday, January 19, 2011
art with kyra
Friday, January 14, 2011
cerita baru yang dah tak baru..
ok ye.....bulan 6 tahun ni, kyra InsyaAllah akan dapat kawan.....:))....bulan 6 ni InsyaAllah lahirlah adik kyra..kyrapun hujung bulan ni 3 tahundah....adik kyra tu boy ke girl, tak kisah pun..mana mana pun ok...kalau girl bolehla jahit skirt bebanyak, kalau boy, dapatlah sepasang da..pastu leh relek lagi 2-3 tahun lain untuk adik kyra yang seterusnya. ikut plan suami isteri, kalau di izin Allah, kami mahu anak 4 orang. kalau dapat 5 tu kira bonus laa....hahaha.....berangan ok.....pregnant ni pun ngada tak ingat....
sekarang ni dah masuk 2nd trimester, dah beransurlah mabuk2 segala bagai tu cuma muntah di waktu pagi memang masih ada.........angin berkoyan2 dalam badan ni. orang kata pengalaman mengandungkan anak lain2..memang la lain lain tapi sindrom mabuk morning sickness muntah bagai selera makan takde tu tak dapat la nak dielakan. cumanya kali ni memang dah readykan mental tu.......sebab pregnant ni memangnya plan bukan yang tak disangka2....so sebab plan otak tu adalah persediaan skit. Takleh cam pregnant kyra dulu, bila muntah keluar mee makan baru sejam tu, dah meleleh dah air mata...dengan pedihnya lagi...tapi pregnant kyra muntah mabuknya lagi truk.....
pastu plak kali ni pregnant, masa awal2 tu, mak gi buat haji. So, nak ngada ngan mak pun tak dapek gak...hehe...tula yang rasa tertabah skit......lagi plak kali ni dah ada anak....dulu kalau penin mabuk leh lah tidur ikut suka hati tapi ni kene layan gak budak kecik tu....tapi billion thanks to encik hubby sebab sangat supportive..sangat2 membantu aku dikala mabuk bagai tu.....tiap malam kene urut belakang, kakila, picit kepala laa.......
sekarang ni dah 17 minggu dah......dah 4 bulan menuju ke 5 bulan....hehe...kejap sajek........
pregnant kali ni plak awal2 hari tu HB aku rendah...skitttt lagi masuk tahap teruk.......anemiakan.....nanti aku cerita kesan anemia ni, keadaan orang yang anemia ni......tapi sekarang dah okla.....dah naik tahap baik........memacam makan ok nak naik kan......
nak dapat baby baru ni, rasa excited sesangat tapi takut sesangat juga....hehe..bercampur2. takut tu lebih pada nak bersalin nanti, aku nikan daya menahan sakit lemah sekali..hehe.....takut lain tu takdela......excited tu memacam la. nak dapat baby lagi, nak buat stok ebm la, nak breastfeed anak laa....nak buat tandem nursing nanti....hehee...best kan.......tapi takut gak kan....ehehe..takpe2 InsyaAllah, Allah permudahkan segalanya. rasa sakit ibu melahirkan anak itu adalah hak setiap anak, pada aku laa.......
dulu kyra aku kene c-zer, emergency c-zer sebab kyra dah berak dalam perut...sib baik doktor cepat. Kali ni harap dapatlah normal, aku takut plak kalau2 nak kene belah tempat yang sama, mesti ngilukan........tapi kalau dah rezeki camtu nak wat camne........redha saje la....