Thursday, January 20, 2011

Anemia masa mengandung

Memula meh kita tgk apa tu anemia.

Anemia ni berlaku bila sel darah merah kurang dari biasa. Nak tahu ada anemia ke tak kene la tgk paras HB kita. HB ni atau ayat panjangnya adalah hemoglobin yang mana tugasnya adalah membawa oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Ok, aku bukan doktor ok tapi aku baca sana sini. Kalau ada yang nak tambah sila sila la ye. So kekurangannya la yang menyebabkan anemia. Anemia mudah berlaku pada ibu hamil sebab kita kene share dengan baby.

Masa first check up aku untuk pregnancy kali ni, aku terkejut gilos bila tgk paras HB aku yang skit lagi terkucil masuk ke paras teruk. Paras teruk ok..huhu..Bacaan HB aku 8.4 sajek. Patut la tahap letih aku melampau gile rupanya HB rendah. Nasib baik baby masih bertahan dan kuat kat dalam.
Mengandung kali ni, aku kene juga morning sickness. So selera makan tu macam mati je…tak bermaya langsung nak makan.. So mungkin sebab tu la HB aku jadi truk sangat.

Kesannya pada aku:
-Letih melampau, dudukpun rasa letih. Lepas makan terus nak kene baring, tak larat sesangat.
-Dada berdebar2. kerapkali.
-Nafsu makan kurang
-Pucat
-Sakit kepala

Pada baby pun boleh mendatangkan bahaya. Macam keguguran. Tapi tu mungkin bila dah masuk tahap teruk atau sangat teruk. Kalau tak kawal, tak jaga memang bahayala. Pada ibu pun bahaya, boleh tumpah darah sume.

Kekadang tu waktu mengandung ni, kalau memula HB kita cantik macam 13 ke 14 ke pun boleh jatuh bacaannya bila baby dah makin membesar. Jadi masa hamil kenela jaga pemakanan. Makanlah segala ubat yang doktor bagi. Makan benda yang boleh memberi kita zat besi contonya:

Ikan kembung
Kerang – ni aku tak leh makan. Makan sakit perut.
Hati – ni aku loya skit
Ikan bilis – ni aku suka
Tampe – suka juga
Kurma dan kismis- dah jadikan amalan harian.
Bayam – suka sangat
.

Dan ada banyak lagilah yang boleh korang google. Mesti berlambak lambak keluar info. Aku bila tgk HB aku rendah tu, barulah rasa insaf dan takut. Barulah paksa diri ni makan itu ini. Tapi yelah sebab morning sickness tu macam takde ampun laa….hahaha….tapi untuk baby aku gagahkan juga.

So last check up HB dah naik 11.8. Dah cantik laa. Lega skit. Tapi pemakanan still kene jaga sebab dia boleh jatuh balik.



Sedikit tips- kalau makan vitamin ferum tu, sila makan dengan vitamin C atau makan dengan air buah buahan sebab vitamin C ni akan memudahnya penyerapan ferum tu. Lagi satu, jangan makan ferum dengan susu sebab susukan menghalang penyerapannya pula. Nak minum susu tu kene gap dalam sejam ke dua jam.

No comments: