Friday, February 12, 2010

menu hujung minggu

kyra suka sangat makan ikan. Kekadang tu bila makan nasik die akan pilih ikan je dulu pastu baru makan nasi. Asal duduk makan je mesti kata kan..kan..takpun dier sebut pish...hihihi..
aku suka gak dier suka makan ikan sebab ikan kan kaya DHA kan. So di petang suam suam kuku ni tetiba teringin nak masak kan kyra ikan salmon. So mula la aktiviti godeh resepi di alamaya. Terjumpa resepi ini. Nampak sangat menarik. Salmon butter lemon. Manarik kan. Boleh la di jadikan resepi di hujung minggu.
Aku selalu gak jaga makan kyra macam tak bagi die banyak junkfood. tapi kekadang terlepas gak. kalau dok umah my mom...dengan anak anak buah..makan la juga kyranya junk food tu..mak aku cakap aku cerewet. kesian kat anak nak makan pape tak leh...hehe..bukan tak leh..cuma kawal skit jeee.........jangan banyak sangat junk food kan...

baru ni aku perasan kyra panggil ayah die 'yang' haha...boleh tak? sebabnya aku kan panggil mu hubby sayang..so selalu singkatnya 'yang...' dier dengar so sekarang ayah pun dier panggil 'yang'

cuti panjang ni. tak tahu nak gi mana. maybe tak kemana kut.....rasanya nak buat projek jahit jahit kat rumah. lama tol tak menjahit. Rindu plak laa......tapi nak jahit apa ye.......blouse ke skirt untuk kyra. atau buat quilt......hmmmm..nanti kita berjalan jalan di alamaya untuk carik idea...

ok
xoxo

No comments: