Tuesday, October 05, 2010

pahat atas batu atau tulis atas pasir

semalam baru lepas baca satu buku. Buku kanak kanak yang penuh dengan nasihat. Dalam buku tu, dia ada tulis pasal kalau orang buat salah pada kita, tuliskan ia atas pasir supaya ianya cepat padam dari ingatan dan kalau orang buat jasa pada kita pula, pahatlah ia atas batu supaya ianya bersemadi di dalam ingatan. Baguskan...

Tapi apa yang aku selalu buat, bila orang buat salah dengan aku..aku akan pahat dalam dalam atas batu supaya aku boleh ingat lama lama.....hahahahha

Teruk kan.....kalau encik suami baca ni mesti aku kene leter...sebab dia selalu nasihat aku. Jangan marah orang lama lama, jangan ingat salah orang pada kita lama lama............tak baik....kita kene sentiasa maaf kan orang.......panjang lebar nasihat. Tapi aku, tetapppppp tak boleh buat camtu.....terukan........

bila mahu berubah entah........

mood harini memang lari sebab aku memahat lagi kat batu hari ni...kahkah.....apa cerita la ooo..pahat pasir batu........ni nak menaip blog pun kene carik mood dengar lagu Taylor Swift...hehe

2 comments:

misa said...

salam..

boleh tahu apa tajuk bukunya dan siapa penulisnya..


nak cari le walaupun anak belum pandai membaca lagi..

alamaya said...

hye misa...
saya rasa buku tu tak sesuai untuk toddler sebab buku tu untuk teen punya. saya baca anak buah saya punya buku....tajuk buku tu miss epal.sesuai untuk kekanak sekolah rendah...he...kalau misa nak cari buku untuk toddler, gi je kedai buku..ada banyak pilihan..:)