Wednesday, March 17, 2010

sensitifkah wanita mengandung

Aku buat entry ni bukanlah sebab aku pregnant. Aku belum ada plan pun nak pregnant dalam masa terdekat ni. Masih lagi mengumpul sisa sisa kekuatan yang ada. Fizikal dan mental...huhu...orang yang plan nak pregnant mesti ada dua kekuatan ini. Fizikal kena sihat supaya anak yang dikandung sihat bersama ibunya pun kena sihat. Mental pulak pun sama penting. emosi ibu kena jaga sebab boleh mempengaruhi anak kat dalam perut. emosi ibu masa first trimester, sangat perlu di jaga sebab masa ni hormon bertukar..huhu....loya, mabuk, muntah, tak boleh makan, asyik ngantuk, marah2.....macam macam wehh...tapi lain orang lain la adapnya. Tak sama. dan pada orang yang relax je masa mengandung nak nak masa first trimester tu...bersyukurlah. Dan janganlah cakap pada orang yang pregnant mabuk2 tu ayat ayat yang tak sepatutnya contohnya:

"Ko ni, apa la. orang ngandung rileks je."---------> atau
"Ko ni kejap kejap mc, cuti, EL..orang lain pun mengandung juga...."-------------> atau
"Asal makan je muntah, loya pulak tekak aku dengar"---------------> atau
"Makan jela....jangan ikut badan tu sangat..."

sesungguhnya ayat ayat di atas amatlah menyakitkan hati pada sesiapa yang alah teruk pada awal mengandung. Sebab benda ni bukan boleh paksa2. tak boleh makan bukan sebab ngada ke lembik je apa ke...dah memang nya TAK BOLEH....haha
tapi tu la kekadang orang tak rasa dia tak tahu...

dulukan masa aku belum pregnant aku tgk akak aku pregnant muntah muntah aku siap cakap dalam hati, nanti kalau pregnant nanti aku nak kuatkan semangat, jangan ikut hati...jangan ikut badan....huhu..lawak je aku ni weh....sebab bila dah kene sendiri..sendiri mau ingatla....

eh eh...sebenarnya, nak citer pasal emo semasa pregnant . wanita pregnant tak kira la first trimester, second trimester atau third trimester..emonya sensitif skittt...

ok..kalau bab sensitif ni, kita boleh la jangan ikutkan sangat hati....sebab percaya tak kalau ibu sensitif macam asyik marah2, asyik nangis2, asyik merajuk saje...hehe..nanti anak dalam perut pun ikut..betul..tak caya buatla...kihkih

emo aku masa pregnant dulu pun kekadang tu takbetul gak....contoh:

1. aku hampir jatuh tergelincir masa mop dapur. masa tu pregnant 35-36 minggu dah. sebab sakit so aku jumpa doktor. bila doktor tanya kenapa, aku cakap aku nak jatuh...masa cerita kat doktor tu tetiba hati jadi sayu...tah pape....pastu air mata akupun bergenang nak nangis...aku tgk doktor tu pun cam...eh pasal nak nangis ni kann...kahkahkah...emo kaan

2. masa aku 37 minggu, kyra still tak engage tau...takmo turun turun....doktor dah explain kate jangan risau sebab kita ada masa sebulan lagi untuk baby engage....tapi aku balik umah trus EL dan kat umah kejenya nangis.....hahaha emo kan

untuk suami2, faham lah situasi isteri anda, janganlah merajuk bila isteri marah marah. dan janganlah buat tak peduli bila isteri merajuk....sian kat isteri......

saja je buat entry ni sebab dulu tak penah citer. untuk simpan hari tua. agak agak dah tua tua baca balik mesti terimbau kenangan dulu kan..hehehe

No comments: