Saturday, March 20, 2010

Pendapatan pasif dan aktif

Mari kita bercerita mengenai duit dalam entry kali ini. Semua orang perlukan duit. Saper kata dia tak perlukan duit? meh sini, aku bagi pena*par skit..kekeke....duit adalah segala galanya tapi segala galanya bukan duit. Betul kan?
Nak duit mestilah jana pendapatan. So, you all tahu tak mengenai pendapatan pasif? Kat sini aku nak cerita pasal pendapatan pasif dan pendapatan aktif.

Pendapatan pasif.
mudahnya mengenai pendapatan ini adalah pendapatan yang kita dapat dengan penat lelah pada awalnya selebihnya kita akan dapat pendapatan tanpa perlu mengulangi penat yang sama ke atas perkara yang sama. Faham tak?
Pendapatan pasif ni best tau. ok meh aku bagi contoh skit. contohnya adalah penulis buku. ini termasuk dalam pendapatan pasif. So untuk penulis tersebut dia hanya perlu berpenat lelah macam nak rak pada proses menulis sahaja kemudian setelah buku dijual, dia akan menikmati pendapatan daripada duit royalti. Selagi bukunya dicetak dan dicetak selagi itu lah dia akan meperolehi pendapatan. Semua mesti sedia maklum mengenai penulis buku JK Rowling yang menulis buku siri Harry Potter tu. Tulis buku itu saja dah membolehkan dia jadi kaya raya.

contoh lain penulis lagu atau lirik. Selagi lagu itu dijual, selagi itu la dia dapat pendapatan. Lagi contoh sewakan rumah. Kita akan dapat pendapatan selagi rumah itu disewa. Kita tidak perlukan usaha yang konsisten untuk menjana pendapatan. Dalam dunia ni, tidak ramai orang yang menjana mendapatan pasif. Maksud aku peratusannya lebih jauh rendah berbanding pendapatan aktif.

Pendapatan aktif
Apa pulak pendapatan aktif ni. Terbalik dengan pendapatan pasif, pendapatan aktif ni memelukan usaha yang berterusan dan konsisten untuk menjana pendapatan. Contoh senang, kerja 8-5, setiap hari kemudian dapat gaji hujung bulan. Kalau kita happy dengan kerja kita oklah...tapi kalau tak? Kerja untuk dapat gaji...tak mo kerja, no gaji.

So, setelah mengenal lebih dengan dua jenis pendapatan ini, aku lebih tertarik dengan pendapatan pasif. So kalau kita nak menjana pendapatan pasif, carilah kekuatan diri kita bagi menjana pendapatan pasif ni. Lagi dengan usaha yang bersusah payah hanya pada mulanya, kita akan mempunyai masa lebih bersama keluarga atau meluangkan masa dengan ibadat atau berjalan2....betul tak?

aku pun sekarang sedang mengusahakan satu pendapatan pasif dan sekarang adalah masa bersusah payah aku. Dan harapnya, usaha yang berpenat lelah ni akan memberikan pulangan yang baik. IsyaAllah.

So, apa pilihan anda?

No comments: