Sunday, March 14, 2010

kyra dan ABC

Entry kali ni, aku nak cerita macam mana aku ajar kyra belajar ABC. Memula nak bagitau, toddler ni kita tak leh paksa-paksa. Pendekatan aku adalah memberi pendedahan. Bila derang tgk benda yang sama berulang kali dan kita sama sama buat dengan derang so derang akan rasa seronok. So sendiri mahu ingatlahkan...bebudak ni tak kan ajar sekali dah tahukan. takkk....aku ajar banyakkkkk kali.....dan lagi satu lain toddler lain pendekatan dan penerimaan so sebagai orang besar yang lagi matang..hehe...kene la bersabar..ingat senang ke nak ngajor.....Nak jar budak Diploma pun kekadang tersemput aku tau.
so ini yang aku buat untuk kyra. ni baru learn ABC tau.....haha....


Cd ni aku beli masa kyra umur 18 bulan kalau tak silap. Cd ni best. Ada nyanyi lagu ABC. pastu tunjuk letter by letter dengan contoh gambar untuk setiap permulaan huruf. Cd ni juga ajar cara sebutan setiap huruf. suara yang jelas dan menarik. kyra suka tgk cd ni. Pada aku cd ni banyak membantulah.


ni pulak Magnetic Alphabet. aku beli kat jusco. gambar ni aku google jek. kat sini. ni kes malas nak amek gambar sendiri. lagi pun kyra punya dah berterabur. MA ni aku lekat kat fridge. so masa aku masak dia ralitla dengan benda ni. menarik dan berwarna warni. kyra dah pandai asingkan letter ikut warna sekali. so ni 2 dalam 1 la. boleh blajr letter dan colour. aku beli kat jusco.murah jek rm10...mahal2 tak yah sebab aku tahun end up akan berterabur sana sini.




next is through youtube...oo i heart youtube...video kat atas ni adalah antara video yang aku selalu tunjuk pada kyra. tahu tak aku kenalkan video ni dari kyra belum setahun pun. ada banyak lagi video kat youtube tu yang boleh bagi anak tgk.....

ok, next adalah buku....ok ni sangat penting ok....aku nikan malas nak amek kamera snap gamba buku kyra so aku cerita je la ye..aku memang suka belikan kyra buku. ada story book, ada buku hanya untuk kenal 123 dan juga ABC. so banyak la buku terutamanya buku yang menarik dan warna warni. sebab buku ni boleh di bawa ke mana saja.

pastu aku akan sama -sama dengan kyra blajar. ada satu buku tu aku beli untuk blajar abc dengan kyra. Dengan buku itu, aku akan duduk dengan dia then aku tulis letter by letter then kyra akan sebut. memula tu dia tahu skit je antara letter tu tapi lama lama buat dia dah boleh kenal lebih la lagi. selain bila kyra dah master skit aku guna microsoft word jek....haha...aku taip guna font 200...pastu sama la taip letter by letter....then kyra sebut.....

hmmmm..tu antara yang aku buat la. untuk kenal abc...aku memang aim kyra tahu semua huruf tu masa dua tahun dan alhamdullilah la...kyra start tahu skit2 letters tu before dia dua tahun...tapi masa tu berterabur la....so sekarang sibuk kenalkan dengan words plak...tapi tu la asyik busy je......kekadang lupa nak bacakan story book kat kyra.......aku memang memang pemalas skit....

ok tu taktik yang aku gunala....maybe ibu2 kat luar sana ada cara lain yang boleh kita share jugakan.......so marila share.....






No comments: