yeay..saya sudah pun kembali dari holiday di kuching. so, entry kali ni akan menceritakan pengalaman semasa bercuti. mana tahu kut kut ada orang yang nak bercuti ke kuching boleh la baca pengalaman ni.....
20/01/10
bertolak dari LCCT flight kol 11.15, sampai kuching dalam kol 1.30 petang. Ni kali pertama bawa kyra naik flight..haha...kyra ok la...sebab flight ke kuching ni dier tido sepanjang panjang...haha..sebab kyra lom dua tahun so aku la yang dok dengan die....dah pakai tali pingang segala aku trus breastfeed die pastu die pun tido..huhu..senang skit kerja makcik....masa pergi ni aku penin penin lalat plak...bleh??haha...dah penin bantai tido la sajek....
kom 1.30 tu sampai dah amek bagasi segala so kitaorangpun naik teksi trus ke Harbour View hotel. Hotel ni best la. Aku leh rekemen sesape yang nak ke kuching tu dok kat sini. Hotel 3 bintang. Room service bagus. Urusan kaunter tak lama. Makan pun ok...bilik pun ok. Bilik air pun ok...pastu hotel ni dekat dengan waterfront. jalan kaki skit jek dah sampai......bilik aku pun ngadap sungai sarawak cumanya, jauh skit la. Kalau dok Hotel Margherita tu memang betul betul sebelah sungai. Tapi Harbour view dah cukup ok pada aku. Rate 155 per night sebab government rate ok. kalau tak 205 gak siap dengan breakfast.
sampai hotel, rilek2 jap....pastu trus trun jalan kat waterfront. Waterfront ni ada banyak gerai la kalau nak makan tapi malam baru buka. Waterfront ni dekat sungai sarawak la.kat sini boleh nampak kampung seberang. nak gi seberang leh naik perahu tambang yang kene bayar 50sen je. tapi kitaorang tak naik pun sebab macam takut je nak naik...haha...pastu sebab dah lapar singgahla makan kat james bistro. makan ok. harga standard secret recipe.. then jalan jalan waterfront sampai la tempat naik cruise tu. Naik sarawak river cruise tu tak de dalam tentatif aku pun tapi my hubby cam naik naik plak so nya naik la gak. aku macam berat hati je nak naik sebab bayar sorang je rm60. kyra yang lom 2 tahun plak rm30 so sume dah rm150. aku rasa ...hah..jalan2 kat sungai je pun....memang la tour die 1.5 jam dan ada hidangan kuih kuih...tapi, aku rasa apakah???haha..tak tahu la kalu orang lain kan.... ni pada aku la. kalau korang banyak RM mungkin tak jadi masalah kut. tapi naik jugala akhirnya.
tour sepanjang sarawak cruise ni ok.....best la...banyak bangunan yang leh nampak melalui tour ni.angin sungai sarawak ni best..1.5 jam...lama gak la...aku sampai dah ngantuk...haha...kyrapun at last tido...tour tu di akhiri dengan persembahan la..tarian. pastu dah sudah naik cruise kita orang singgah beli burger kat waterfront pastu balik hotel. dok hotel pastu tido. esoknya nk jalan jauh...hihi....
21/01/10
hari kedua kt sini kitaorg guna agen sebab mula mula ingat nk sewa kereta. tapi pk dan tgk balik tempat2 yg nk gi tu rasanya cam leceh plak. takut sesatnanti sudahnya nanti membazir masa je.tambah penat lagi kan. So decide nak guna agent jek. Kitaorang gunakan perkhidmatan zamtrasportation..sape yang nak gi kuching leh la guna pakej derang. Memang rekemen la.
so hari kedua tu bagun pepagi sebab kat sini subuh cepat sikit banding semenanjungkan. Jangan lupa lak. Bangun siap siap pastu turun breakfast. Dalam kol 8.30am mula la berjalan.
semanguk orang utan
ni adalah destinasi pertama pada hari kedua. Jauhnya dari kuching dalam 1/2 jam juga. Kyra sepanjang perjalanan tidur. Tiket masuk sorang RM3. Kyra tak yah tiket. Masuk dalam skit dengan van gi tempat parking. then kene la menapak jauh skit untuk masuk hutan dalam 200 meter. Pergi tempat derang bagi orang utan makan. Masa aku datang tu cam terlambat 15 minit so orang orang yang awal dah ramai da.
Masa aku datang tu, adalah dengar suara pekerja kat situ panggil orang utan tu. Macam mana dia panggil? Sebijik macam tarzan tu...hahahaha...Dah sampai tempat tu nampak la buah buah yang derang letak nak bagi orang utan tu makan. Masalahnya hari tu sekor orang utan pun tak keluar. Tensi gile. Datang jauh ni nak tgk orang utan. Pemandu pelancong aku plak kate sekarang ni tengah musim buah. Dalam hutan tu ada buah cempedak, nangka, rambutan, pisang dan segala buah yang boleh di makan. Sonya derang tak heran lor dengan buah buah yang kita nak bagi tu.cisss....so setelah lama menunggu sekor pun takde aku pun dah malas so keluar dari hutan tu. Gie kat depan tu amek la gamba dengan gambar orang utan tu jekk...hahaha...orang utan ni sume ada nama..sudin la, baka la, minah la....memacam la......
Jong Crocodile Farm
Dari semanguk orang utan tu terus ke Jong crocodile Farm. Perghh jauh tu....aku sempatla tido. encik hubby pun tido. Sampai sana bayar tiker. sume sekali RM40. Kat sini buaya nya ganas ooo....tak macam buaya kat taman buaya melaka ni. Buaya derang cam lapar je......aku pun naik ngeri sebab sangkar die tak jauh pun dari kita. Dalam sangkar tu buaya tu mengelupur cam lapar je. Aku plak naik ngeri. Kyra la asyik cakap.."akut..akut"
Pastu ada show kol 11am. Show die best. Tgk aksi buaya ni melompat nak amek makanan. Enjoy la kiranya. Kalau nak gi pastikan jangan terlepas waktu show. Tgk aksi buaya yang ganas dan mengerikan.
Batu 7
ooo...ada apa dengan batu 7 ni..hihi.Batu 7 banyak orang jual tikar sarawak tu. Aku gi kedai pertama je dah beli da..haha...harga RM250 siap pos ke rumah.
lepas gi batu 7 kita orang gi lunch. Masa ni aku makan mee kolok. Mee kolok sangat sedap ok....hihi....
Batu 4
Batu 4 ni plak tempat jual pasu sarawak. So masa ni tgk la orang buat pasu, ukir pasu , cat pasu. Terror gila uncle tu buat pasu. Pastu dier bagi cuba. Encik suami pun cuba la...hahaha...jadi la pasunya tapi senget benget...kahkah...
Indian Street
Kat sini jalan jalan je sebab nak tgk. Tapi nya satu apa pun tak beli sebab kak tijah kate(pemandu pelancong) barang kat Main Bazar lagi murah. Jadi tak beli satu apa pun kat sana.
Main Bazar
Oho...kat sini borang habis..ratus ratus gak. Shopping lor.....aku beli t-shirt la banyak.sume anak buah dapat t-shirt. kyra nye t-shirt je 3..haha...pastu beli fridge magnet...beli barang untuk cenderamata la.
lepas gi main bazar kita orang balik hotel. Penat dah. then malam tu kak tijah datang amek bawak dinner. Dinner kitaorang kat Barok Bistro. Di bawak sinaran lampu kelam kelam..haha...makan kat tu sedap la. aku makan nasi ayam penyet. Sedappp.....
pastu balik hotel. tidooooo......
ok..akan bersambung di next entry ok
4 comments:
show us some pics sis jane..! :-)
kalau dtg lagi, konteklah saya....boleh check website
kami juga menyediakan tour ke Kuching...hubungi kami jika ada yang berminat ke Kuching...lawati kami www.bestwaykuchingtour.blogspot.com
Post a Comment