Sunday, January 31, 2010

Happy Birthday

today is kyra's birthday. Her second birthday. Tak sangka tol kejap je anak dah umur dua tahun.Ingatan kat labor room dan pengalaman muntah2 masa preggy masih segar di ingatan..ekeke..sebab tula sampai sekarang kyra lom ada tanda tanda nak dapat adik...ekeke..

kepada anak ibu,aleeysya khaeyrah. Selamat hari lahir yang kedua. Ibu dan ayah sayang sesangat kat kyra. Jadi anak yang baik dan jangan nakal nakal ok. Semoga Kyra sentiasa di rahmati Allah dalam apa jua keadaan. Amin.

Luv you so much dear. Muah muah..

**next entry will be kyra's birthday party celebration. Party yang sempoi dan last minute.

Thursday, January 28, 2010

Bercuti di Kuching- part 2

ok..lets continues second part of my holiday. Takut lelama kang lupa plak. ok ok jum start untuk hari ketiga

22/01/10
bangun bagi pastu gi breakfast. Semalam breakfast kan kyra tido, hari nii plak die dengan semangantnya makan tapi makan cococrunch jekk..siap lagi masa kitaorang dah nak gerak. Cakap ngan die..'dah ..dah makn, nak gerak dah ni' pastu die macam ok nak bangun tapinya tangan pegang mangkuk nak bawak pergi..ekeke..ingat ni kat rumah ke...keke

dalam kol 9 pagi tu baru gerak. Menuju ke Kampung Budaya Sarawak. orang kata kalau gie Sarawak tak sah kalau tak pergi sini. So haruslah pergikan....perjalanan dalam 45 minit. Sampai dekat kol 10 gak la sebab ada singgah kedai la apa laa..
beli tiket RM55 sebab pergi dengan agen. Kalau tak RM60. Seorang ok. Kalau kekanak umur dari 2 tahun, RM30...so kyra lom 2 tahun. jadi RM120 jumlah semua.

kat sini ada tujuh buah rumah semuanya. Rumah kaum yang ada kat sarawak. Nanti kat enterence die bagi pasport nanti gie cop bila dah sampai kat rumah rumah tu. Kat sini derang ada buat show kol 11.30 dengan 4.30. Pastikan masa pergi tu adalah waktu show. Show die bestt..

masa kitaorang datang sini yang tak best nya cuaca hujan rerenyai dan kyra dalam mood tak bagus...sebab hujan kitaorangpun beli la baju hujan yang derang jual. Satu RM4. pastu aku plak soh sayang bawak sekali stroller kunun senang nak bawak kyra. Ya ampunn,,kalau aku tahu aku tak bawak stroller ni. sebab rumah rumah kat sini ada tangga sana tangga sini. so sangat leceh kalau bawak stroller. plak tu kyra tak mo dok dalam tu then ngamuk tak mo masuk mana mana rumah pun kat sana....uhhh...masa ni sangat tensi ok..bila nak melangkah masuk je rumah rumah tu, dia jerit sambit cakap..'akuttttt' tah apa tah yang die takut akupun tak tahu..

baru jalan 3 rumah, show pun nak start so kitaorang pun giela tgk show tu. Masa tgk show memula kyra ok pastu die start merengek dan nangis. Aku dengan pantasnya susukan dier dan dier pun tidooooo.......so dapatla mak bapak dier nonton show dengan senang hati..

pastu kitaorang sambung lagi jalan kat rumah rumah tu. nak dapat semua cop...hahaha. Masa kat sini habis agak lama tau. Kalau kate nak masuk sejam tu memang tak cukup la. So pastikan masa anda yee...

dah siap habiskan masa kat situ, Mula kan semula perjalanan. Sebab aku nak tgk pantai Damai, santubong so Kak Tijah pun bawak la. Pantai die sangat landai...air laut nun jauh di sana....:)

kek lapis
Lepas gi Kampung Budaya, Kak Tijah bawak kita orang gi kedai kek lapis Salha yang glemer tu. Beli 10 dapat satu percuma. Banyak gak aku borong.

Terubuk ikan masin
Gie sarawak tak sah tak beli ikan masin terubuk ni. Harga ada memacam. ikut jenis saiz ikan. Beli da nanti derang packing siap siap untuk flight. Tak yah risau. Kek lapis pun sama. Derang dah siap packing kan.

satu nasihat kat kek lapis tu kalau boleh masa naik flight, hand carry la ye. sebab akan menambah berat luggage anda. tak pasal kene bayar extra.

pas gi pasar ikan terubuk tu kitaorangpun gie makan dan balik hotel.
malam order makan sajek..kekeke...hubby malas nak keluar......

kitaorang tak makan seafood ekk sebab alergik.........so pity sebab kuching seafood dier murah kan....takpela..

so ..will be continue ok..
to Afni - gambar akan di upload kemudian ok sebab busy nak edit gamba ......busy busy..:) sabar ye

Sunday, January 24, 2010

Bercuti di kuching- part 1

yeay..saya sudah pun kembali dari holiday di kuching. so, entry kali ni akan menceritakan pengalaman semasa bercuti. mana tahu kut kut ada orang yang nak bercuti ke kuching boleh la baca pengalaman ni.....

20/01/10
bertolak dari LCCT flight kol 11.15, sampai kuching dalam kol 1.30 petang. Ni kali pertama bawa kyra naik flight..haha...kyra ok la...sebab flight ke kuching ni dier tido sepanjang panjang...haha..sebab kyra lom dua tahun so aku la yang dok dengan die....dah pakai tali pingang segala aku trus breastfeed die pastu die pun tido..huhu..senang skit kerja makcik....masa pergi ni aku penin penin lalat plak...bleh??haha...dah penin bantai tido la sajek....

kom 1.30 tu sampai dah amek bagasi segala so kitaorangpun naik teksi trus ke Harbour View hotel. Hotel ni best la. Aku leh rekemen sesape yang nak ke kuching tu dok kat sini. Hotel 3 bintang. Room service bagus. Urusan kaunter tak lama. Makan pun ok...bilik pun ok. Bilik air pun ok...pastu hotel ni dekat dengan waterfront. jalan kaki skit jek dah sampai......bilik aku pun ngadap sungai sarawak cumanya, jauh skit la. Kalau dok Hotel Margherita tu memang betul betul sebelah sungai. Tapi Harbour view dah cukup ok pada aku. Rate 155 per night sebab government rate ok. kalau tak 205 gak siap dengan breakfast.

sampai hotel, rilek2 jap....pastu trus trun jalan kat waterfront. Waterfront ni ada banyak gerai la kalau nak makan tapi malam baru buka. Waterfront ni dekat sungai sarawak la.kat sini boleh nampak kampung seberang. nak gi seberang leh naik perahu tambang yang kene bayar 50sen je. tapi kitaorang tak naik pun sebab macam takut je nak naik...haha...pastu sebab dah lapar singgahla makan kat james bistro. makan ok. harga standard secret recipe.. then jalan jalan waterfront sampai la tempat naik cruise tu. Naik sarawak river cruise tu tak de dalam tentatif aku pun tapi my hubby cam naik naik plak so nya naik la gak. aku macam berat hati je nak naik sebab bayar sorang je rm60. kyra yang lom 2 tahun plak rm30 so sume dah rm150. aku rasa ...hah..jalan2 kat sungai je pun....memang la tour die 1.5 jam dan ada hidangan kuih kuih...tapi, aku rasa apakah???haha..tak tahu la kalu orang lain kan.... ni pada aku la. kalau korang banyak RM mungkin tak jadi masalah kut. tapi naik jugala akhirnya.

tour sepanjang sarawak cruise ni ok.....best la...banyak bangunan yang leh nampak melalui tour ni.angin sungai sarawak ni best..1.5 jam...lama gak la...aku sampai dah ngantuk...haha...kyrapun at last tido...tour tu di akhiri dengan persembahan la..tarian. pastu dah sudah naik cruise kita orang singgah beli burger kat waterfront pastu balik hotel. dok hotel pastu tido. esoknya nk jalan jauh...hihi....

21/01/10
hari kedua kt sini kitaorg guna agen sebab mula mula ingat nk sewa kereta. tapi pk dan tgk balik tempat2 yg nk gi tu rasanya cam leceh plak. takut sesatnanti sudahnya nanti membazir masa je.tambah penat lagi kan. So decide nak guna agent jek. Kitaorang gunakan perkhidmatan zamtrasportation..sape yang nak gi kuching leh la guna pakej derang. Memang rekemen la.

so hari kedua tu bagun pepagi sebab kat sini subuh cepat sikit banding semenanjungkan. Jangan lupa lak. Bangun siap siap pastu turun breakfast. Dalam kol 8.30am mula la berjalan.

semanguk orang utan
ni adalah destinasi pertama pada hari kedua. Jauhnya dari kuching dalam 1/2 jam juga. Kyra sepanjang perjalanan tidur. Tiket masuk sorang RM3. Kyra tak yah tiket. Masuk dalam skit dengan van gi tempat parking. then kene la menapak jauh skit untuk masuk hutan dalam 200 meter. Pergi tempat derang bagi orang utan makan. Masa aku datang tu cam terlambat 15 minit so orang orang yang awal dah ramai da.
Masa aku datang tu, adalah dengar suara pekerja kat situ panggil orang utan tu. Macam mana dia panggil? Sebijik macam tarzan tu...hahahaha...Dah sampai tempat tu nampak la buah buah yang derang letak nak bagi orang utan tu makan. Masalahnya hari tu sekor orang utan pun tak keluar. Tensi gile. Datang jauh ni nak tgk orang utan. Pemandu pelancong aku plak kate sekarang ni tengah musim buah. Dalam hutan tu ada buah cempedak, nangka, rambutan, pisang dan segala buah yang boleh di makan. Sonya derang tak heran lor dengan buah buah yang kita nak bagi tu.cisss....so setelah lama menunggu sekor pun takde aku pun dah malas so keluar dari hutan tu. Gie kat depan tu amek la gamba dengan gambar orang utan tu jekk...hahaha...orang utan ni sume ada nama..sudin la, baka la, minah la....memacam la......

Jong Crocodile Farm
Dari semanguk orang utan tu terus ke Jong crocodile Farm. Perghh jauh tu....aku sempatla tido. encik hubby pun tido. Sampai sana bayar tiker. sume sekali RM40. Kat sini buaya nya ganas ooo....tak macam buaya kat taman buaya melaka ni. Buaya derang cam lapar je......aku pun naik ngeri sebab sangkar die tak jauh pun dari kita. Dalam sangkar tu buaya tu mengelupur cam lapar je. Aku plak naik ngeri. Kyra la asyik cakap.."akut..akut"

Pastu ada show kol 11am. Show die best. Tgk aksi buaya ni melompat nak amek makanan. Enjoy la kiranya. Kalau nak gi pastikan jangan terlepas waktu show. Tgk aksi buaya yang ganas dan mengerikan.

Batu 7
ooo...ada apa dengan batu 7 ni..hihi.Batu 7 banyak orang jual tikar sarawak tu. Aku gi kedai pertama je dah beli da..haha...harga RM250 siap pos ke rumah.

lepas gi batu 7 kita orang gi lunch. Masa ni aku makan mee kolok. Mee kolok sangat sedap ok....hihi....

Batu 4
Batu 4 ni plak tempat jual pasu sarawak. So masa ni tgk la orang buat pasu, ukir pasu , cat pasu. Terror gila uncle tu buat pasu. Pastu dier bagi cuba. Encik suami pun cuba la...hahaha...jadi la pasunya tapi senget benget...kahkah...

Indian Street
Kat sini jalan jalan je sebab nak tgk. Tapi nya satu apa pun tak beli sebab kak tijah kate(pemandu pelancong) barang kat Main Bazar lagi murah. Jadi tak beli satu apa pun kat sana.

Main Bazar
Oho...kat sini borang habis..ratus ratus gak. Shopping lor.....aku beli t-shirt la banyak.sume anak buah dapat t-shirt. kyra nye t-shirt je 3..haha...pastu beli fridge magnet...beli barang untuk cenderamata la.

lepas gi main bazar kita orang balik hotel. Penat dah. then malam tu kak tijah datang amek bawak dinner. Dinner kitaorang kat Barok Bistro. Di bawak sinaran lampu kelam kelam..haha...makan kat tu sedap la. aku makan nasi ayam penyet. Sedappp.....

pastu balik hotel. tidooooo......

ok..akan bersambung di next entry ok

Tuesday, January 19, 2010

tata

packing dah siap kut...kut?? haha..selagi tak gerak memang consider belum laa....tapi yang penting2 punya dah siap la....esok flight kol 11.45 pagi......pagi esok kol 7 lebih gerak la kut dari melaka.
so blog tak kan berupdate la ye sampai sabtu or ahad( macam la update blog hari hari kan..hahaha). sampai esok trus naik teksi g hotel pastu agenda jalan jalan pun bermula....sonya cerita lanjut nanti lepas balik ekk.....
harap planning sumenya menjadi la......harap cuaca sume ok , pemandu pelancong pun ok , dan pelancong nye pun ok terutamanya pelancong kecik tu...hehehe...
ni kira hadiah sekali la untuk kyra yang birthday nya adalah pada 31hb......
ok all....tata

Sunday, January 17, 2010

syukur

baru sekejap tadi aku berchatting dengan ex officemate kat facebook. banyak cerita termasuklah bab kerja kerja ni.
i told her that i'm tired with all the office work nowadays and the new management are not so okay. All the employee have a double or triple work to do. hoho....a a lot of comment from me...and I also said that i'm bored with the new office life.
and aku sampai kate nak benti keje, malas nak keje
pastu my ex officemate balas, dier kater tempat keje dier sekarang tak best macam tempat keje XXX(my office la), dier kate dier selalu rindu dan rasa nak sangat balik kat XXX, she said kat XXX ada kekawan yang best gile, tak hipokrit, ikhlas, setia yang takde jumpa kat tempat kerja baru die....ohoooo
membuat kan aku berfikir.......yg aku ni tak berapa nak bersyukur dengan apa yang ada.......
kerja makan gaji , adatla kan....hihihi...
ok...kerja ok kerja..........dgn seikhlas hati.....

Wednesday, January 13, 2010

outdoor activity

kekadang selalu sangat pk apa benda nak buat dengan kyra bila bawak di main kat laman rumah yang seciput ni. Halaman depan rumah ni, kitaorang adalah tanam rumput karpet walaupun tak berapa terbela kan..haha....
kekadang tu bila petang dan kitaorang tak kemana mana macam kesian kat anak yang terkurung dalam rumah. Kang asyik tgk tv je walaupun education punya cd takut plak die tak berkembang. So apa yang selalu korang buat bila main dengan anak kat luar rumah ekkk....yang selalu aku buat

Main pool.
Kyra ada pool yang kecik hadiah masa harijadi dier yang pertama. Yang bagi pool kecik ni, officemate aku yang dah pun behenti, afni. Kyra memang suka kalau main pool ni. Sambil main nanti aku bawak la cawan mainan die dengan teko mainan die so die boleh la main main isi air tuang air.

Siram pokok
haha..ini kita outdoor aktiviti tak?? ni selalunya boleh bagi dier main bila dah main pool kecik dier tu sebab dah basah kan...tapi sebab taman aku yang cuma ada 10 je pasu macam sekejap je dah abis siram.

Main bola
Kyra suka main tendang bola. Lari sana lari sini sambil jerit jerit.

Apa lagi....ehh..tu je aktiviti luar rumah kitaorang. hahaha..cam tak variety kan. Kalau gi playground kyra memang suka sanga. Nak nak main buaian...tu nanti dier takmo turun.....

so..sekarang aku tengah merancang nak varietykan skit outdoor activity ni....iaitu

basketball
ni bola dah ada cuma nak beli hoop jek.pasang kat tiang rumah.mesti kyra suka kalau dapat masuk kan bola kan.

painting
ooo..painting pada aku adalah kategori outdoor punya games ok sebab takmo dalam rumah comot dengan water colour.

main basikal
oho..kyra belum ada basikal la....sebab dia ada kereta yang tolok ngan kaki tu tapi dier tak berminat langsung nak naik. tgk la kut kut nak dapat hadiah harijadi dari ayah kan....haha....'ayah, beli kan kyra beskal'---------->kate kyra

main buaian
aku teringin sangat nak pasang buaian kat rumah. tapi tunggu la ekk kebenaran mohor mohor raja encik suami.

buat masa ni, ni je yang ada dalam fikiran ku yang penin penin lalat,,hehe..ada tak sesape nak tambah



Tuesday, January 12, 2010

rojak lagi

lately rasa malas bekepuk kepuk nak update blog. nak citer memang la banyak citer tapi kalau dah banyak sangat citer tak tahu plak cam ne nak citer.end up dengan tak citer pape..haha

next week kami ke kuching. aku lak baru je apply cuti tadi...tak tahu lulus ke tak...hah giler apa tak lulus.kalau bos tak bagi lulus pun aku sendiri luluskan je...woitt beli tiket tahun lepas beb.lama gile tunggu kalau tak dapat cuti hampehhhh sesangat la kan. nanti kalau dah balik kuching aku citer eh...mana tahu boleh jadi panduan orang yang nak gie kuching.so sekarang plan dah cantik sangat tunggu yang real nye laa..baru syok citer mana best mana tak best mana ok mana tak ok..

sekarang ni semester baru dah start. Dan dengar kate bos atas kat tahun ni bakal menjadi tahun sibuk...oho...aku dah rasa kan dah..bukan kelas je ok.....ok ok..tak payah lah citer pasal opis ok....nanti akan rasa meluap luap nak benti kerja...

kekadang pk nak benti keje..tapi boleh ke ekk?? boleh ke survive nanti......best memang best tapi ok ke ehh?


Sunday, January 03, 2010

buat apa hari weekend

weekend ni cuti nye panjang tapi tak berapa bermakna untuk aku la...hihi..sebabnya en suami kerja pada tahun baru dan juga sabtu. sangat bosan. jumaat SIL ajak gi sagil mandi manda tapi aku lak nak kene cari bunga segar untuk buat bunga tangan dan sireh junjung ntuk tempahan sabtu so nya tahu la kan bunga segar ni kene last minute..so tak dapat gie.sagil ni ah lama gilo aku tak gi tak tahu la sekarang rupa apa. kalau nak tgk bunga tangan dengan sireh junjung yang aku buat kene tunggu skit dalam esok atau lusa baru update kat leesyacreative.....

sabtu pun hubby kerja petang ingat nak jalan pun tak jadi so petang gi rumah sebelah..FIL datang rumah adik ipar aku kat sebelah. malam sume gi makan kat luar. suma takde mood masak..hihi..ooo adik ipar sebelah umah belanja......

ahad....hari yang aku tunggu...dah la hari last YES..haha.....nak shopping skit.....sekali tu kyra demam laa.....tapi aku gi gak...tapinya la ..anak dah demam tak kan nak bersuka ria je kann...ni pun demam lagi tapi dah kebah skit....aku sumbah ubat mont*t....demam panas sangat. kyra kalau tengah panas tu makan tak nak air tak nak, sib baik nak susu...tak kira la breastfeed ke susu botol ke.tu je dier nak....bancuh susu formula pun cair je.......

ni dah kebah baru la nak makan nuget yang aku bli......makan dua ketul sekali...ok la tu...petang tadi aku wat cucur ikan bilis...banyak gak dier makan......ok la tu ..demam kan...

pasal trip ke kuching aku hoping kyra dan ayah kyra serta ibu kyra berada dalam keadaan sihat walafiat pada hari kejadian..kalau tak trip mesti tak best....

esok monday ok....dan aku ada kelas kol 8 pagi..ooo...harus tukar jadual ni.....hahaha....dah la isnin....8 pagi lak tu........tukar tukar.....

minggu ni juga nak mula project baju kyra sempena vacation ke kuching....mungkin jahit 2 blouse 1 skirt kut.......gown maleh laa...haha...tgk la camne.....

ok..tata

Saturday, January 02, 2010

kyra posing






kyra sekarang adalah pantang nampak camera. mesti nak posing ala ala gitu.....kekadang tu lepas capture gambar dier tergelak gelak aku. ni tgk balik gambar ni...lawak lawak.....
ni la kyra sekarang. kyra yang mengada ngada, bijak, garang, manja...
mulut kepochi....ada words aku paham ada tu tak paham langsung...hahaha.....
suka bebel bebel..cam ayah die......hahaha