kali ni aku nak share cerpen yang aku buat untuk sape sape yang melawat blog ni. Kalau ada masa ++ idea aku suka buat cerpen. Tapi biasanya kene tengok busy ke tak laa...selalu nya kalau busy aku simpan je idea tu sampai berkarat...hehe...cepen ni da lama da aku buat. Tahun lepas....enjoy....:)
PENCURI
Petang itu, Irwan pulang ke rumah seperti biasa. Selepas melalui kesibukan jalan raya dan menempuh lampu isyarat, kereta Waja itu akhirnya masuk ke dalam garaj. Memang seperti biasa Irwan akan sampai di rumahnya dalam lingkungan jam 6 petang. Jika hari hari biasa, selepas memakirkan keretanya, Irwan akan melompat keluar dari keretanya Namun tidak seperti kebiasaanya, kali ini Irwan termenung seketika di dalam keretanya sambil tangannya masih memengang staring kereta. Matanya terpaku memandang ke hadapan. Tidak seperti hari biasa, hari ini dia lebih resah. Gelisah. Hampir 15 minit dia begitu. Fikirannya terawang awang memikirkan sesuatu. Hatinya terasa bagai sebak. Bagaimana harta kesayangannya itu boleh di curi orang. Tetapi Irwan pelik, pencuri ini lain dari yang lain. Tidak profesional langsung. Irwan termenung lagi. Memikirkan hartanya itu. Memang benar. Ia sudah dicuri. Irwan meraup rambutnya yang terjuntai di dahinya kebelakang. Bagaimana masalah ini boleh di selesaikan?
Puan Ashikin memandang ke arah anaknya. Dahinya sedikit di kerutkan. Apa yang di sedarinya, sejak pulang dari kerja tadi, anaknya hanya duduk melayan perasaan. Seolah olah memikirkan sesuatu yang besar. Semasa makan malam tadi, tidak seperti biasa, anaknya kali ini tidak mahu makan bersama. Puan Ashikin agak gusar. Apakah yang sedang di fikirkan anaknya itu. Tidak pernah anaknya berkelakuan seperti itu. Malam itu, anaknya tidak seperti malam –malam biasanya.
Irwan duduk mengadap komputer ribanya. Namun jari jemarinya tidak langsung menentuh papan kekunci komputernya. Matanya hanya memandang tepat papan kekunci itu. Tiba-tiba dia merasakan bahunya disentuh. Sentuhan yang lembut dan dia dapat merasakan sentuhan yang sungguh bahagia. Dia tersenyum memandang ibunya.
“ Kenapa ini, Wawan?. Ibu tengok dari petang, Wawan asyik termenung je. Jamah makanan pun tak mahu. Wawan tak sihat? Ada masalah?”
Irwan tersenyum. Bahagian atas keperihatinan ibunya itu.
“Wawan tak ada apa –apa, bu. Wawan ok je.” Irwan berselindung sedang fikiranya terus ke arah kecurian itu.
“Ibu tak rasa Wawan ok. Muka mengalahkan ayam berak kapur je. Apa yang runsing sangat tu.”
“Ibu nak tahu?” Ibu separuh abad itu segera menganggukkan kepalanya.
“Ada orang mencuri barang kesayangan Wawan.” Ibu tua itu terkejut.
“Barang apa, Wawan?”
Irwan hanya menghela nafas panjang.
Pagi tadi Irwan menghadiri satu perjumpaan dengan Ketua Jabatannya. Membincangkan strategi yang bakal di lancarkan untuk produk baru syarikatnya. Mesyuarat yang memakan masa 2 jam itu di rasakan terlalu membosankan. Dia seakan bosan dengan rutin sebegitu. Arghhh......kenapa pencuri itu begitu berani. Dapatkah kembali dia barang kesayangannya itu.
Puan Asyikin bagai tidak kuasa lagi bertanya walaupun hatinya agak risau melihatkan keadaan anaknya itu. Puas ditanya barang apa yang dicuri, namun anaknya itu membisu seribu bahasa. Kebisuan itu membuatkan hatinya tidak dapat meneka apa sebenarnya barang yang dicuti, siapa yang mencuri, bila kehilangannya. Ada juga Puan Asyikin bertanya sudahkah laporan polis dibuat. Hanya gelengan kepala saja yang diberikan. Puan Asyikin buntu. Kalau soalannya tidak dijawab, bagaimana dia harus membantu.
Irwan sudah tidak tahan lagi. Bukan dia tidak tahu siapa pencuri itu. Dia tahu. Cuma dia agak terkilan kerana pencuri itu tidak sedikitpun mahu berkompromi dengannya. Sekurang kurangnya, dia boleh memaafkannya kesalahan itu. Dia mahu berhadapan dengan pencuri itu. Dia mahu bertanya kenapa barangnya yang dicuri. Benar –benarkah pencuri itu begitu tertarik dengan barangnya. Dia mahu bertanya kenapa pencuri itu tidak mahu meminta dengan baik. Dia mahu bertanya apakah sebenarnya yang di fikirkan oleh pencuri itu. Irwan menghela nafas panjang. Dia sudah tidak tahan berhadapan dengan situasi sebegini. Tidur malamnya tidak lagi lena. Makannya sudah tidak dijaga. Hatinya seringkali terusik. Resah. Gelisah. Dia mahu keluar dari dibelanggu. Pencuri itu harus di ajar.
“Tunggu...!!” Irwan menjerit. Orang yang dijeritkan itu menoleh.
“Ada sesuatu yang perlu kita bincangkan....”
Irwan memandang tepat pada pencuri itu. Mukanya yang takut sedikit itu agak meyakinkan Irwan. Memang sah. Ketakutan di wajahnya menjelaskan keadaan sebenar. Irwan sengaja mengajak pencuri itu bercakap di taman berdekatan tempat kerjanya.
“Awak pencuri....” orang yang di katakan pencuri itu terkejut. Seolah tidak pernah melakukan kesalahan.
“Apa yang awak maksudkan...”
“Awak tak faham? Jangan berpura –pura. Saya sudah tidak tahan dengan sikap pura pura awak.” Pencuri itu sedikit gusar.
“Dalam diam diam awak mencuri harta yang saya jaga selama ini. Tak siapa berani tahu...hanya awak saja yang berani berbuat demikian.”
“Awak membuatkan hidup saya tidak tenteram. Tahukah awak saya tidak boleh hidup tanpa barang kesayangan saya itu. Siang malam saya memikirkannya. Hidup saya tidak lagi seperti dulu.”
“Banarkah awak rasa yang sayalah pencuri itu.” Galak orang yang dikatakan pencuri itu bertanya.
“Saya yakin seratus peratus. Amat yakin.”
“Tapi....bukan saya sorang saja yang mencuri. Awak juga adalah pencuri." Irwan diam sambil menghela nafas panjang. Pelik..dia tidak lagi gusar. Tetapi tiba -tiba dia berasa begitu senang.
Puan Asyikin dan Puan Karina tergelak bersama. Gelak yang berpanjangan. Hati mereka bagi dicuit –cuit.
“Puas saya fikir barang apa yang hilang. Apa sangat yang berharga sampaikan muka bagai ayam berak kapur.” Puan Asyikin berkata sambil hujungnya di sambut dengan tawa.
“Itulah...bila di tanya tidak mahu pula menjawab. Malulah agaknya.” Puan Karina menyambung. Mereka ketawa lagi.
“Ibu..., janganlah gelakkan Wawan lagi.” Irwan menjeling ke arah Irsalina. Puan Karina tersenyum. Puan Asyikin seraya memandang ke arah anaknya, Irsalina.
“Buruk benar rupa orang bila hatinya dicuri ya....”Ketawa itu terus berpanjangan.
Irsalina masih terseyum malu. Tak di sangka, dia berjaya mencuri hati Irwan dalam diam dan dalam masa yang sama Irwan juga berjaya mencuri hatinya.
Bila hati dicuri.........segalanya serba tidak kena.
jannah
10.54 pm
7/7/05

No comments:
Post a Comment