Sunday, February 26, 2006

hujung minggu

buat apa hujung minggu? going out? lepak lepak?.....hujung minggu ni tak ada apa yang menarik sangat..hujung minggu depan mungkin menarik kut...hehe...bangun pagi..lepak lepak pastu masak..aku masak asam rebus, sambal tumis, goreng ikan......emm..biasa je.....tengah hari tadi pun pegi orang kawin......da kenyang...last last tak makan pun apa yang aku sendiri masak....huhu...buat apa lagi ekk...call sayang tadi....sian dier, kene selesema.....emm...kena makan vit C rasanya....la ni, da pukul 3.40 petang..dok ngadap pc ni....boring laaa.....
esok aku tak yah ngaja...sebab kelas malam aku tu aku buat kan ujian 1....tak tahula macam mana budak budak ni jawab nanti.Harap-harap tak sakit la kepala aku dok menanda nanti.....
tadi juga Borhan, student aku call..katenye mungkin tak dapat amek ujian malam esok sebab kampung dia banjir dan dia da di kampung sekarang...hmmm.....macam macam...

bahagia

aku berminat dengan perkataan ini sekarang.BAHAGIA.Aku bahagia dengan kehidupan aku....mungkin bahagia itu lebih bermakna dengan kehadiran dia dalam hidup aku...hitung hitung dah agak lama perkenalan kami...siapa sangka dia akan menjadi soulmate aku...kalau dikenangkan semula memang kelakar rasanya. menanti saat bahagia tiba juga membuatkan aku berdebar debar. kalau dihitung hari rasanya macam lama lagi tapi masa berlalu dengan pantas...dan hari tu sebenarnya akan hadir dengan terlalu pantas. bila dikenang bermacam perasaan yang hadir...cemas, gelisah, excited......bercampur baur...
cuma aku yakin dapat menempuhnya dengan baik...menjadi isteri dan satu hari seorang ibu yang baik......mungkin kalau diukur dari pemerhatian tanggungjawab itu sukar.......tapi pada aku ia akan menjadi satu keseronokan dan kegembiraan andai kita ikhlas dan menyayangi harta itu sebaik baiknya......
terlalu banyak yang ada dalam fikiran aku untuk aku lakarkan disini...tapi rasanya payah untuk diungkapkan dengan kata kata.....insyaAllah, aku akan menjadi yang terbaik untuk dia......
sayang, saya sayangkan awak seikhlas hati......

Saturday, February 25, 2006

harapan

kita selalu akan berharap. Harapan yang dibuat bagi memenuhi kehendak serta kemahuan yang pastinya untuk kepentingan diri sendiri. Tapi tidak semua harapan itu akan menjadi nyata. Aku juga sering berharap. Dan selalu harapan itu tidak menjadi nyata. Akhirnya diri sendiri yang sakit hati. Pada aku apa yang aku buat bila harapan aku tidak menjadi seperti yang aku mahukan..pujuk diri sendiri menyatakan tidak semua yang diharap akan menjadi seperti apa yang diharapkan. cerita pasal harapan...agak payah juga. mungkin jangan terlalu mengharap, sekadar harapan yang sederhana sahaja. mungkin itu lebih memadai untuk kita yang bergelar manusia