Aku perlu menghentikan aktiviti manjahit untuk sementara waktu walaupun tangan tu gatal je rasanya nak menjahit. Kene siapkan order bunga yang nak kene deliver akhir bulan ni. Bunga dip. So, kene la hentikan jahit jahit tu. InsyaAllah, lepas siap order baru la leh jahit.
Seminggu dua ni badan sakit sakit je. bahu lenguh, kepala sakit memanjang....nape tah. Aku ni dahla pemalas nak makan vitamin ke apa walaupun berkoyan2 beli vitamin. Minum susu pun malas...hehe...apa punya malas la....Dah lama tak update. sebab utama adalah malas. Malas juga...hehe. Sekarang ni aku rajin menjahit saje...pegang bunga pun ingat mesin je, ingat projek apa nak wat lepas ni.
Kyra banyak cakap tapi bahasa dia tahpape...hehe....hari tu aku gi umah adik ipar. Pastu mak mentua adik ipar aku bawak telur puyuh pindang. First time aku jumpa telur puyuh pindang. Sekali kyra nampak, dia cakap kat aku.."ibu, nak egg..." aku macam..."egg, eh mana dia tahu telur tu egg...sebab aku tak penah ajar...kihkih." tapi best la kan bila anak dah pandai satu benda yang kita macam...ehh...dia tahu rupanya....haha
ooo..bila la claim nak masuk ni, sebab aku ada project deco deco bilik untuk kyra......pasni kyra akan ada bilik sendirik dengan deco khas dari ibu dan ayah...hahaha....kyra dah besar so, kene blajar tidur sendiri ok.....hehehe....
ok, gtg