Monday, March 31, 2008

kisah ahad dan isnin

dengan ini sukacitanya saya mengumumkan bahawa aleeysya khaeyrah sudah berjaya mengeluarkan stool dier...hahaha..aku yang syiok tau...
so lepas dier sembelit tu aku berenti bagi s26 dan padan la dengan muka aku sebab besok aku dah kene naik keje barula hari ni terhegeh hegeh nak paksa kyra tu minum formula balik...aku da tukar bagi dumex la pulak..mamex gold punya..hmmm...tula..ebm aku tak dapat banyak laa...payahnye..

apa cerita ahad ekkk
aku bangun pagi (lambat ar gak sebab kyra asyik bangun je malam tu) aku tgk sayang tgh bersihkan lalang yang dah tumbuh dengan jayanya kat belakang umah kitaorang.sian sayang..panas panas tu.....then aku mandi dan sementara si kecik tu tido akupun masak dengan pantasnya......siap masak sayang pun siap dah bersihkan lalang ..
petang tu ko 2 gi umah mak sebab nak antar eda punya purse tertinggal dalam handbag aku( semalam tu kitaorang meronggeng kat jusco dengan baby dengan cek som-kawan eda). pastu gie umah mak sayang pulak...sampai sana duduk duduk..sayang dengan ayah bincang pasal renovation umah. pastu ayah ajak pegi tgk umah kat taman tasik tu nak tgk betul betul nak renovatenye tang mana.kita orang berangkat laa...Dah ukur ukur dah pastu tinjau tinjau umah orang lain punya renovation pulak..
sampai balik umah ayah dah kol 5 lebih dekat kol 6..then kitaorang pun cabut gie MP..aku beli buku jahit manik.best tgk buku tu. ada ajar step by step camne nak jahit manik tu...then sayang beli kan aku zine scrapbook since aku ada plan skit pasal scrapbook ni..ceececeh..then beli tu beli ni solatla apa semua, kol 9.15 barula keuar dari MP...dah terlepas skit anugerah bintang popular...huhu

apa cerita isnin...
kyra kene cucuk hari ni..sian die..merah padam giler muka die masa kene cucuk....
pagi tadi masa aku tgh masak tetiba gas habis..huhu...aku tgh msk sup apalagi aku msk guna rice cooker je..haha...
dan lagi aku ada banyak baju untuk dilipat dan esok aku kene kejeee...huhuhuhu



eda dgn cek som



ibu dengan kyra depan umah tasik utama. pinjam cap ayah sebab panas

Friday, March 28, 2008

still

and right now..again, she try to pushing..huhuuu..bila la stool kyra nak keluar ni..siannye dier...pam bontot pun dah abis.....sian nyeee anak ibu

susu ibu + formula = sembelit????

minggu depan aku start keje balik...maaaalaaasssnye rasa. sekarang aku lagi best dok umah. masak untuk sayang. jaga kyra. dan yang penting bule susukan kyra direct je...tak yah nak pam pam buat stok......sebab direct breastfeeding ni lagi terjamin bersihnya......
tapi apa yang aku perhatikan susu aku ni tak cukup pun untuk buat stok....cukup untuk kyra minum tiap tiap hari je...dah tu sekali perah hmmm paling banyak yang penah dapatpun 3 auns je...tensi je..bila dengar citer kak wani ngan kak nita bule dapat 6 auns sekali perah, sedih je aku. atas kebaikan kyra sebab aku tak berjaya buat stok ebm yang mencukupi dan aku nak kene keje balik aku try la bagi dier formula. tapi sehari sekali jee...huhu..aku still nak bagi dier yang the best, nak gak bagi dier susu aku.
masalahnye sekarang, dan aku rasa semua para ibu yang memberi anak anaknya susu formula ni. firstly mesti nak kene try and error sebab bukan semua formula sesuai dengan baby. dan sekarang, kyra ni tgh sembelit.....sampai kene masuk ubat kat bontot dier nak bagi stool dier keluar.
aku perhatikan yang kyra susah lah nak berak...mungkin korang jawab sebab susu formula...tapi kan aku musykil laa...aku bagi s26 tu sekali sehari jek...pastu bila dier tak berak 3 hari aku stop then bagi direct jeee...tapi dier still payah nak berak...naper ekkk....
dulu masa aku lom campur susu..dier okey jee.....
hmmm...akupun tak tahu...sebab dier asyik meradang je teran teran tak boleh...
nak kene bawak gi klinik gak kut niii......

Tuesday, March 18, 2008

demam


kyra macam demam hari ni....yeke macam...hikhik..apalah aku ni...aku rasa badan dier macam panas skitt....aku pun letak la kool fever kat dahi dier...sekali dier ngamuk nangis nangis raung raung..huhuhuu....
pastu aku pujuk pujuk....dier diam...then truss tido....pastu sayang balik lunch, kyra bangun balik nangis balik....masuk buai pastu buangkan kool fever tu...truss diam....buai buai kejap tido balik...ni aku baru lepas susukan dier.....dier tido lagi ni...bukan main lepak lagi...
aku baru call adik aku bagi tau promotion air asia....dier nak travel ngan kekawan dier.....aku? nak travel ngan sayang ngan si comel, kyra...hihihi

jom pi jalan




fuyooo...air asia buat promotion free seats...hihihi..mulala aku nak berangan ni....
nampak je iklan ni..ada dua destinasi yang trussss menjelma di minda ku ini yang sememangnye dah lama tak gie jalan jalan iaitu langkawi dengan sarawak...huhuhu..syiokk nye kalo dapat gie...
tapi kan..aku je yang berangan sensorang tak jadi gak....
agak agak dapat tak pujuk sayang....
masalahnye promotion ni first come first serve..huhuhu......
kalo gi langkawi nk shopping....kalo gie sarawak nak shopping gak...bule le aku jumpa hazri ngan wife die kat sana...
pasal tiket bule suruh asri anak abang abas( yang keje kar air asia) book kan kalu payah nak online booking....pastu suzey pulak dah offer umah dier buat tumpang parking kete aku ngan sanggup gi antarkan aku kat KLIA...hahahahaa....dasyat betul berangan aku ni...ala...dahsyat ke..aku bukan berangan nak gi uk ke..german ke...japan ke...australia ke.....
hmm....kalu nak g kene pilih tarikh bebetul ni....wakakaka...macam dapat pegi.....:(

Sunday, March 09, 2008

1st anniversary


HAPPY 1ST ANNIVERSARY to me and husband. :)..
masa berlalu terlalu pantas. hari ni genap setahun aku bergelar isteri kepada suami yang tersayang. dan hari ni menjadi lebih bermakna kerana perkahwinan kami diserikan dengan kehadiran si comel, khaeyrah.
setahun berlalu menjadi kan banyak mempelajari bagaimana untuk menjadi seorang isteri yang terbaik untuk suami. hehe...sebenarnya banyak je kekurangan yang ada dalam diri aku. tapi aku akan sentiasa cuba menjadi yang terbaik untuk keluarga.
kate orang masa bercinta semuanya indah, segala yang buruk akan nampak bila dah kahwin nanti. tapi pada aku pulak..bercinta itu memang sangat indah tapi bila dah berkahwin ia menjadi lebih indah dari bercinta. hmm
to my hubby...selamat hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama, semoga kita sentiasa diberkati Allah dan dapat membina sebuah keluarga yang penuh dengan keberkatan dan kasih sayang. Amin.







da setahun da rupa nye..hikhik

Thursday, March 06, 2008

pengalaman

assalamualaikum...
masuk hari ni hari 36 hari berpantang..diam tak diam je da nak abis da pantang..huhu...tapi luka kat dalam ni tak tahu la da baik ke belum..da lama melahirkan anak ni hari ni tergerak hati nak ceritakan apa yang berlaku pada aku sebelum dan selepas bersalin.
kalau orang kata bersalin tu besar dugaan nya yang Allah berikan kepada wanita, aku amat bersetuju dengan kenyataan itu. pengalaman melahirkan anak dan kejadian kejadian susulan dari pada itu membuatkan aku ngeri dan insaf..hehe...
semuanya bermula pada hari khamis bersamaan 25 januari 2008. pagi tu aku ada check up dengan klinik kesihatan. khamis tu aku masih dalam minggu ke 37. aku check up cam biasa. then nurse kat siti masa check aku derang kate baby aku lom engaged lagi. aku ada tanyakan doktor la pasal baby engaged tak engaged ni. actually doktor kate tu tak jadi masalah sebab bila baby rasa dier nak turun baru dier akan turun tapi nurse kat situ bagitau aku lak aku sekarang ni da minggu 37 dan sepatutnya orang yang pregnant sulung baby akan engaged pada minggu 36. masa tu aku da cuak skit. derang pun nak setkan appointment untuk aku ngan dokotr pakar kat GH. fuhh...aku dah risau sangat sebab derang kater in case baby tak turun sampai cukup masa probability untuk di czer adalah amat jelas...huhu..then aku refuse untuk jumpa pakar kat GH sbb esoknya aku ada temujanji dengan doktor hanisah kat pantai. aku putuskan nak jumpa ngan doktor hanisah je, esoknya.

khamis lagi, malam
malam tu pulak tgh aku ni risaukan pasal baby, tiba-tiba da dekat kol 12 malam tu aku rasa lapa sangat. aku pun mintalah my hubby gi belikan aku burger dekat je ngan umah kitaorang. sambil nunggukan burge sampai aku lak tertido sampai la hubby aku balik. masa tu aku still rasa ok je. aku pun makan burger cam biasa. bila dah abis makan aku gi sinki. nak basuh tangan ngan kumur mulut. peliknya aku masa aku kumur mulut tu, air dalam mulut aku terkeluar keluar macam mulut aku ni tak tutup rapat. aku jadi pelik then aku rasa yang muka sebelah kiri aku ni kebas semacam terutamanya bahagian lidah. aku g tgk cermin, aku tgk muka sebelah kanan aku macam bengkak dan muka sebelah kiri aku macam tak dapat nak bergerak seperti belah kanan....fuyooo....terperanjat aku....panik...aku g bagitau hubby aku. then dier kater dier da perasan masa aku makan burger tadi tapi dier tak bagi tau aku sebab tak mo aku risau.
so masa tu aku ingat ni pembawakan budak. maybe aku sebab sampai ke muka.....yeke?hhuhuh..

jumaat, 26 januasi 2008
memula pagi tu hubby aku call kak long untuk tanya pasal muka aku. setelah bersoal jawab , kak long kate yang aku kene bell pulsy. serupa macam kak long kene masa dier peknenkan izz dulu. bell pulsy ni macam saraf muka kita hilang upaya untuk berfungsi. jadi gerakan mata, senyum, hidung dan apa apa lah yang ada kat muka kita akan jadi lemah dan tak boleh bergerak macam biasa. (masa tu aku pikir aku ni da jadi cacat je). 
Atas nasihat kak long aku ngan hubby g klinik famili untuk berjumpa dengan doktor razali. kak long kate bell palsy ni penyakit dier tak ramai yang tahu jadi ada sesetengah doktor je yang alert dengan benda ni pasal dier dulu kat sabah dok spital sebulan, tapi orang tak tahu tu sakit apa. 
aku jumpa dengan doktor razali, so dier confirm kan yang aku memang kena bell palsy. dan lagi katenye dier boleh bagi ubat tapi steroid dan dier agak takut nak bagi kat aku sebab aku tengah peknen. dengan muka yang payah nak berfungsi ni aku pun pergi la pula ke hospital pantai untuk jumpa dengan gynea aku dan sekali gus nak jumpa pakar neuro kat sana.
pendek kan citer bila sampai kat pantai, check pulak BP aku. tinggi la pulak. so tahu jelakan kalo peknen ni darah tinggi ia amat bahaya untuk ibu dan baby. doktor nasihat aku untuk masuk wad hen aku tak mo sebab masa tu aku tak percaya yang aku darah tinggi..hahahaha..boleh ke?

27 januari 2008
akhirnya aku di masukan ke wad...hahaha...atas sebab peknen dah 37 minggu dan ada darah tinggi dan ada bell palsy........
darah aku still tak turun so doktor nasihat aku untuk di induce....perghh.....semuanya datang tiba -tiba.....

30 januari 2008
pukul sepuluh malam aku di tolak ke labor room. masa tu sayang ada tapi sayang teman aku sampai pintu je la sebab GH hubby ak boleh masuk. perasaan aku masa tu...huaaa...aku sedih giler dan takut giler...risau gilerr.....aku sedih sebab sayang takde dengan aku masa tu..aku low motivation.....i  really need him at that moment....tapi aku cekal kan hati..hadapi apa yang datang dengan tabah.
pukul 1.15, doktor masuk kan satu tablet. masa tu sebenarnya laluan aku da buka 2cm. pukul 3 pagi derang start ctg kat aku. dan.......jantung baby dan gerak baby tidak memuaskan......
pukul 7 pagi, doktor pecahkan air ketuban dan dier kater laluan baru buka 3 cm. dan memeranjatkan aku dier kater baby aku da terberak skittt...
ayat dier yang aku tak sangka ' maybe we need to do the operation'
dengan terperanjatnya aku dan blank nyer aku, aku setujula untuk c zer....untuk selamatkan baby yang makin lemah dalam perut aku.

masuk bilik bedah merupakan pengalaman yang amat menakutkan aku. dengan keadaan orang yang bekerja terlalu pantas dan ramai.....huuu...aku masih dapat bayangkan lagi keadaannya. memikirkan perut yang sedang di toreh......huuu....ngeri ngeri.....
aku dibius separuh.......tepat 8.02 pagi aku selamat melahirkan baby girl.

selang 3 hari baru aku dibenarkan keluar sebab baby ada kuning skit....
baby aku lahir berat 3 kg. kami beri nama ALEEYSYA KHEYRAH AFFANDI yang bermaksud dilindungi Allah dengan kebaikan...insyaAllah

ni ada beberapa link mengenai bell palsy kalau sape berminat nak tahu:

http://answers.yahoo.com/question/index?qid=1006052656968
http://www.bellspalsy.ws
http://www.entnet.org/healthinfo/topics/bells.cfm


sakit bell palsy ni sementara aja dan sekarang ia dah bernasur baik dah.....
penyakit yang masih ada kat aku adalah darah tinggi. aku pun tak tahu kenapa la darah aku ni takmo turun turun ...hehehe...hoping lepas appointment aku dengan doktor pada 19 mac ni, darah tinggi aku akan hilang...hehehehe....

next time aku akan citer pulak pengalaman menjadi ibu kepada khaeyrah...hehehe..
cerita kat atas ni pun sebenarnya panjang lagi tapi aku pendek kan aja. kalo orang tahu erita detail aku mesti kata macam macam sakit la datang kat aku masa bersalin ni tapi kan...aku redha ...insyaAllah. Allah duga aku untuk berikan aku yang terbaik.

Tuesday, March 04, 2008

happy birthday to my dearest husband..muah muah



today is my husband's birthday. this year is the first year we celebrate his birthday as a husband and wife. but i cannot make something special for him because i'm  still in confinement. i just wish him happy birthday, a hug and a kiss. hmm...present are postponed..hikhik...today he turn to 29 years old..as he always said 'saya ni orang tua...' hehehe...not tua lagi la sayang. still young, still handsome...hik hik...
he said i already gave him a birthday's present..he..it is our daugther...he said that he don't need any present because i already give a cute baby for him....(now khaeyrah still sleep..)..actually my husband are share a birthday's date with his youngest sister, nabilah. happy birthday to bilah too.
i have a lot of story actually to post here but nowadays i just busy or mybe tired for arranged my new life with my baby...
maybe i will write a lot of story about my baby after this...insyaAllah..
i must stop before my mother said ' orang pantang tak elok ngadap laptop lama -lama' hik hik
again to my husband...happy birthday, may Allah bless you always. may our love will grow everyday...may us will became a good parents to our baby..and i love you so much...