Kami kalau keluar memang akan singgah kedai buku. Kira ada masuklah dalam agenda kalau pergi mana mana shopping compleks tu. Kekadang tu bukan beli pape pun. Macam semalam pergi mahkota parade. Memula gi kedai buku thai kuang. orang melaka tahulah ni. Ada beli barang, beli water colour, brush dengan colouring book. Tu untuk kyra. Ayah kyra plak beli buku untuk dia baca. Then jejalan lagi singgah pulak MPH. Yang ni memang duduk lepak saja. Tak beli pape. Saja bawak kyra gie baca buku. Aku duduk la melahu atas simen jek sambil teman kyra. Ayah kyra lak round2 tgk buku.
Tujuan utama adalah nak kyra sukakan buku..Hehe..ni memang aktiviti dari kitaorang kawin dulu. Eh..masa bercinta pun ..haha....bila ada anak lagilah kena kan sebabnya melentur buluh biarlah dari rebungnya. Nanti kalau dah besar baru sibuk soh baca buku, takut aku yang kene darah tinggi. kihkih....tapi ini cara aku la ajar anak. Orang lain, lain kut. Kyra kalau mainan memang jarang dapat beli. Nanti dia belek2 pastu letak balik. Biasanya kalau mainan aku beli bukan depan dia sebab takmo dia jadi melalak2 tak ingat nak beli mainan tu. Kira dia tu tau tau dah ada dah mainan tu. Tapi kalau buku, no problem. Biasanya memang beli. Beli janganlah memahal punya. Ada banyak buku simple2 yang murahkan. Tapipun biasakan juga jangan lah nak amek sampai 10 sekali...hahahaha....sekali beli dua tiga je......kekadang satu saje....
So, Kyra Alhamdulillah memang suka kan buku. Selalu usung buku kemana mana. Tekun pun boleh la juga. Paling tak tahan soh aku repeat bacakan dia dekat 10 kali...huhu.....Wordingpun skit2 dah boleh bacalah....simple2 word.....takdelah baca ayat penuh. Kalau dah boleh baca ayat penuh melompatlah mak dia....huhuhu...
Cuma, takyah nak nak paksa2 anak kan. Kita just galakan dia. Secara tidak langsung dia akan terpengaruh dengan apa yang kita galakan tu. Yelah sebelum dia belajar minat dengan games, internet....hahaha....baiklah aku galakan dia dengan buku. Aku takdelah penah sampai "Kyra!! duduk baca buku" haha..ko dah gil* nak paksa anak baru nak umur 3 tahun camtu. Longgongkan je buku depan dia......belikan buku warna warni......baca buku sesama dengan dia. Bacakan buku untuk dia. Dan kalau ko nak soh anak baca buku, you all pun kene la baca buku juga. Macam aku kan...beli majalah pape..bacalah. Nanti dia pn amek buku dia baca. Aku ada juga belikan kyra majalah. Majalah kekanak. Yang bersesuaianlah......
Kyra ni sampai katalog cosway akupun dia belek tak ingat...haha....biarlah rumah sepah takpe..boleh kemas. Ajarlah dia kemas sekali. Adakan rak dia nak letak buku buku dia. Beli yang 3 tier tu je pun takpe. Kat juga baru RM30...huhu..
Panjang lebar pulak cerita. Nanti orang kata macam bagus pulak kan. Takpelah aku just nak share. Kalau kyra nanti dah besar dah ada anak bolehlah dia baca macam mana aku ajar dia suka kan buku...hehehe....
Kyra memang lagi suka dengan buku warna warni yang menarik
No comments:
Post a Comment