Friday, January 07, 2011

Berbaloikah?

kekadangkan, daripada pemerhatian sendiri, aku tgk banyak ibubapa yang sibuk cari duit sana sini sampai mengabaikan anak sendiri. Ok fine, kita akan ada banyak duit sebab dengan pelbagai usaha tetapi berbaloikah? Bukanlah salah mencari rezeki, kalau ada ibubapa pemalas takmo kerja sampai anak tak pakai minum pun, harus dicampak dalam gaung saje. Tetapi pada aku mencari rezeki atau bekerja perlulah diseimbangkan dengan hal penjagaan anak.
Jangan sebab kita sibuk, kita beri segala habuan psp, TV 24 hours, internet dll. Ok ok semua itu boleh ada tapi bukanlah kita just biarkan tanpa pemantauan. Sebab benda tu boleh juga mendatangkan kesan negatif.
Sementara anak masih kecik, remaja, inilah waktu dia bersama kita. Inilah waktu kita boleh mengawasinya. Bila dia dah ada sayap, berkahwin, ada keluarga sendiri, mungkin masa bersama sama sudah tidak seperti dulu lagi. Jadi pada aku, kita harus hargai masa2 yang ada sekarang untuk memberi yang terbaik. Bukan hanya menaburkan wang ringgit dan kebendaan semata mata.....
Anak kita, kitalah yang bentuk, anak kita, kitalah yang jagainya, anak kita, kitalah yang mencorokan.

No comments: