Wednesday, January 13, 2010

outdoor activity

kekadang selalu sangat pk apa benda nak buat dengan kyra bila bawak di main kat laman rumah yang seciput ni. Halaman depan rumah ni, kitaorang adalah tanam rumput karpet walaupun tak berapa terbela kan..haha....
kekadang tu bila petang dan kitaorang tak kemana mana macam kesian kat anak yang terkurung dalam rumah. Kang asyik tgk tv je walaupun education punya cd takut plak die tak berkembang. So apa yang selalu korang buat bila main dengan anak kat luar rumah ekkk....yang selalu aku buat

Main pool.
Kyra ada pool yang kecik hadiah masa harijadi dier yang pertama. Yang bagi pool kecik ni, officemate aku yang dah pun behenti, afni. Kyra memang suka kalau main pool ni. Sambil main nanti aku bawak la cawan mainan die dengan teko mainan die so die boleh la main main isi air tuang air.

Siram pokok
haha..ini kita outdoor aktiviti tak?? ni selalunya boleh bagi dier main bila dah main pool kecik dier tu sebab dah basah kan...tapi sebab taman aku yang cuma ada 10 je pasu macam sekejap je dah abis siram.

Main bola
Kyra suka main tendang bola. Lari sana lari sini sambil jerit jerit.

Apa lagi....ehh..tu je aktiviti luar rumah kitaorang. hahaha..cam tak variety kan. Kalau gi playground kyra memang suka sanga. Nak nak main buaian...tu nanti dier takmo turun.....

so..sekarang aku tengah merancang nak varietykan skit outdoor activity ni....iaitu

basketball
ni bola dah ada cuma nak beli hoop jek.pasang kat tiang rumah.mesti kyra suka kalau dapat masuk kan bola kan.

painting
ooo..painting pada aku adalah kategori outdoor punya games ok sebab takmo dalam rumah comot dengan water colour.

main basikal
oho..kyra belum ada basikal la....sebab dia ada kereta yang tolok ngan kaki tu tapi dier tak berminat langsung nak naik. tgk la kut kut nak dapat hadiah harijadi dari ayah kan....haha....'ayah, beli kan kyra beskal'---------->kate kyra

main buaian
aku teringin sangat nak pasang buaian kat rumah. tapi tunggu la ekk kebenaran mohor mohor raja encik suami.

buat masa ni, ni je yang ada dalam fikiran ku yang penin penin lalat,,hehe..ada tak sesape nak tambah



No comments: