January ni kan family trip kitaorang nak ke kuching. So sebab dah lama dah booking aku pun macam dah terlupakan trip ni sebabnya tak survey pun apa lagi. So hari ni baru la hegeh hegeh nak survey hotel. mana hotel yang dekat dengan bandar, yang best fasiliti. So setelah di survey survey adalah beberapa hotel yang dah termasuk dalam senarai hotel iaitu
1. Four Point by Sheraton kuching
2. Margherita Hotel kuching
3. Riverside Majestic hotel
4. Merdeka palace hotel
5. Harbour view hotel
macam nak stay kat sheraton tapi sheraton jauh skit dari bandar dalam 15 minit gitu. tak sesuai untuk aku kalau nak jalan jalan dengan jalan kaki gi shopping atau pun naik sampan kat sungai sarawak tu atau jalan jalan kat waterfront tapi kan sheraton hotel tu cam best jekk
pilihan kedua nak gie adalah Margherita hotel sebab dekat dengan sungai sarawak tu. mesti lawa kalau memalam kan so kena la booking bilik mengadap sungai tu.
Harbour view hotel tu pun ok. dekat dengan town gak kira boleh la jalan jalan kaki berjalan kan. Rate pun ok sesangat. Antara 5 yang aku senaraikan yang ni la paling murah rate dier.
merdeka palace hotel tu 5 star. Aku tgk rate dier mahal la gak. tapi nye aku tgh inquiry as gorvenment servant dapat tak special discount ke apa kan....hehehe....derang ni tak balas balas la email aku.
so...still belum ada keputusan nak stay kat mana. lagipun aku ada terfikir gak nak bermalam dekat dengan pantai dekat dengan gunung santubung tu. Ada satu resort derang kate best. Damai Puri Resort. boleh gak kalau nak stay satu malam kat situ kan. Pantai ni jauh la dari bandar. tapi dekat dengan sarawak cultiral village. Tu must visit place tu.
Plan nye berterabur la lagi. Cuma nya hotel kat bandar cam dah ok skit sebab nampak la skit nak dok mana kan...
pasal transport pun belum decide lagi. nak guna taxi ke ataupun nak sewa kereta je. kalau sewa kereta kang buat tak tahu jalan sesat barat lagi la payah kan. kang sia sia la pulak trip aku.
nanti aku update lagi apa yang aku dah survey pasal trip nak gie kuching ni. manala tahu kut kut ada gak orang nak gie kuching kann...
1 comment:
waa..gud info ni. i pulak akan ke kuching by end of july nnt. Tiket free AA. hehe.. boleh la tgk2 info n experience u eekk? coz b4 ni pon i pegi sana atas urusan rasmi je, sume opis yg setelkan. so kali ni kena urus sendiri..
sila la berikan panduannn :)
Post a Comment