Sunday, January 23, 2011

jemput2

Jemput ke mana? hehe..oo tak kemana mana. Birthday kyra tahun ni pun takde majlis2. Kitaorang nanti bawak kyra gi secret receipe saje makan pastu beli sepotong kek. Then belikan hadiah. Hadiah tahun ini adalah ...jeng jeng..nantilah bila tiba hari ye...Hadiah pun belum beli.
So, apa yang jemput..hehe..ni hah pagi ni rajin skit. Buatlah jemput2 untuk sarapan. Jemput2 ikan bilis. cicah ngan sos. Aku lak cicah ngan sambal ikan bilis. Adalah sarapan serba ringkas. Kenyang juga seisi keluarga. Hehe.. Hari ini apa plan. Tadi makan ada cakap2 gak. Nak keluar. Tapi macam tak payahlah...Duduk jelah rumah. Takyah belanja apa apa. Huhhuh...ok..ini sarapan saya. Apa pula sarapan anda???

Saturday, January 22, 2011

buat apa ini hari??

good morning everyone...
sekarang sudah pukul 8.30 pagi. Kami sedang siap siap mahu keluar bersarapan....kes bini malas buat sarapan ataupun boleh la kata tekak macam nak makan mee bandung kat bilal. Kyra juga yang tak memandi lagi ni. Puas aku ajak, macam macam alasan bagi. Ada alasan aku faham ada tu, tak faham langsung. Tu bila tiba ayat german dia la.
Pas sarapan nak gi Mahkota parade kot. Parkson ada sale kot. Boleh beli baju baby tak? haha......kali ni beli skit je kut baju baby sebab baju kyrakan ada kan. cuma nak beli skit sebab sian lah pulak baby takde baju baru nanti. Tapi baru 4 bulan, boleh beli ke?? haha..ehh..minggu depan dah 5 bulan....haha....ala..takpe jejalan je.......
Pastu macam nak gie kedai buku. MPH ke...beli buku kyra je. Buku hari tu dah abis khatam tah kali ke berapa dah..Gi MPH sebab ada ex student aku. leh dapat diskaun...kihkih...
ok ok..tetiba anak dara ni ajak mandi plak..angin angin...
tata

Friday, January 21, 2011

Sambal Petai Udang - cerita dan resepi

Hari ni kekawan opis ajak buat makan makan kecil kecilan...ceh, kecil kecilan ke dengan segala lauk pauk. So, entry ni aku taip malam tadi, buat scheduled posting ye. Jangan kata aku asyik mengadap blog saje...hehehe...

So, tugas aku adalah memasak sambal petai udang..yummy.....so inilah hasilnya setelah memasak dengan gigih malam tadi.

Masa ambil gambar ni, sambal masih berada lagi dalam kuali..nampak cam best tak? makan dengan nasi panas2, confirm sedapkan. Dulu, aku tak makan petai, tapi sejak aku ada attend satu kursus kat hotel mana tah ada ulam petai so aku try la makan, sekali wah sedap juga petai ni. Tapi aku tak le makan bebanyak sedap angin. Lagi satu busuk skit nanti mulut lepas makan...hahah....takpe nanti aku sedia gula gula getah....kihkih...

Meh aku share resepi la ye...ceh, cam pandai je..

  1. 100 gm petai - beli dah siap kopek
  2. udang - 1kg
  3. cili kering- blend ye, agak2 semangkukla. Ikutlah serving korang ramai ke tak
  4. bawang kecil - tumbuk ke blend
  5. bawang besar - mayang ye
  6. belacan- skitla
  7. Asam jawa

cara-cara
panaskan minyak, dah panas masuk bawang kecil yang dah tumbuk tu, biar garing masuk cili. Tunggu sampai garing. Masuk kan belacan. Ada orang belacan tu dia bakar dulu. Tapi aku masuk je gitu. Kira dah cantiklah cili tu, masukkan udang sampai keluar air. Pastu masuk petai. Petai tu kalau boleh belah dua sebab mak kata kekadang ada ulat dalam petai tu. Pastu masuk air skit. masuk sekali air asam. So tunggu la sampai pecah minyak. Jangan lupa masuk garam ye. Aku tak masuk ajinamoto. Kalau korang nak ikutla. Kalau nak memanis skit masuk la gula skit. Last sekali masuklah bawang besar yang dah dimayang itu. Tunggu sampai didih cantik. Dah boleh angkat. SIAP.

senangkan. kalau tak paham nak tanya leh tanya ok....

Thursday, January 20, 2011

Anemia masa mengandung

Memula meh kita tgk apa tu anemia.

Anemia ni berlaku bila sel darah merah kurang dari biasa. Nak tahu ada anemia ke tak kene la tgk paras HB kita. HB ni atau ayat panjangnya adalah hemoglobin yang mana tugasnya adalah membawa oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Ok, aku bukan doktor ok tapi aku baca sana sini. Kalau ada yang nak tambah sila sila la ye. So kekurangannya la yang menyebabkan anemia. Anemia mudah berlaku pada ibu hamil sebab kita kene share dengan baby.

Masa first check up aku untuk pregnancy kali ni, aku terkejut gilos bila tgk paras HB aku yang skit lagi terkucil masuk ke paras teruk. Paras teruk ok..huhu..Bacaan HB aku 8.4 sajek. Patut la tahap letih aku melampau gile rupanya HB rendah. Nasib baik baby masih bertahan dan kuat kat dalam.
Mengandung kali ni, aku kene juga morning sickness. So selera makan tu macam mati je…tak bermaya langsung nak makan.. So mungkin sebab tu la HB aku jadi truk sangat.

Kesannya pada aku:
-Letih melampau, dudukpun rasa letih. Lepas makan terus nak kene baring, tak larat sesangat.
-Dada berdebar2. kerapkali.
-Nafsu makan kurang
-Pucat
-Sakit kepala

Pada baby pun boleh mendatangkan bahaya. Macam keguguran. Tapi tu mungkin bila dah masuk tahap teruk atau sangat teruk. Kalau tak kawal, tak jaga memang bahayala. Pada ibu pun bahaya, boleh tumpah darah sume.

Kekadang tu waktu mengandung ni, kalau memula HB kita cantik macam 13 ke 14 ke pun boleh jatuh bacaannya bila baby dah makin membesar. Jadi masa hamil kenela jaga pemakanan. Makanlah segala ubat yang doktor bagi. Makan benda yang boleh memberi kita zat besi contonya:

Ikan kembung
Kerang – ni aku tak leh makan. Makan sakit perut.
Hati – ni aku loya skit
Ikan bilis – ni aku suka
Tampe – suka juga
Kurma dan kismis- dah jadikan amalan harian.
Bayam – suka sangat
.

Dan ada banyak lagilah yang boleh korang google. Mesti berlambak lambak keluar info. Aku bila tgk HB aku rendah tu, barulah rasa insaf dan takut. Barulah paksa diri ni makan itu ini. Tapi yelah sebab morning sickness tu macam takde ampun laa….hahaha….tapi untuk baby aku gagahkan juga.

So last check up HB dah naik 11.8. Dah cantik laa. Lega skit. Tapi pemakanan still kene jaga sebab dia boleh jatuh balik.



Sedikit tips- kalau makan vitamin ferum tu, sila makan dengan vitamin C atau makan dengan air buah buahan sebab vitamin C ni akan memudahnya penyerapan ferum tu. Lagi satu, jangan makan ferum dengan susu sebab susukan menghalang penyerapannya pula. Nak minum susu tu kene gap dalam sejam ke dua jam.

laksa johor

Aku mengidam gile nak makan laksa johor ni. Puas pujuk orang masakan pastu cari la juga kat mana ada jual laksa johor ni kat melaka...hmmm...tak ado nya. Sudahnya nak makan konon mengidam la, aku pun buatla........Sedap hingga menjilat jari. Buat dapat seperiuk, bagi jiran sebelah aka adik ipar, bagi mak sendiri dan mak mentua...hehehee.......resepi guna officemate punya. Resepi keluarga dia...hehehe......tapi memangla, laksa johor paling sedap antara laksa2 yang ada kat malaysia ni ......:))

Wednesday, January 19, 2011

art with kyra

salam semua,
hari ni nak share pasal art activity. buat dengan sape lagi, anak gadis ngada itu. Aktiviti ni dah lama dah, masa cuti new year hari tu, biasala aku ni peram2 tak update kan. Ni first time bagi kyra pegang gam tapi felt tu aku yang gunting. takut plak bagi dia pegang guntingkan. So aku gunting felt tu dia pandaila tampal ikut suka dia kan. Sejam juga buat keje keje ni ni...hehehe....sebelum ni asyi buat finger painting je...pasti aku nak wat straw painting plak la.......tapi water colour kyra dah abis...nak kene beli. Hari tu pergi popular aku belikan dia colouring book, pastel oil dengan kaler pensel. Tujuan utama beli kaler pensel tu nak bagi kyra mahir pegang pensel. So sekarang tgk, cam dah okla cara dia pegang pensel tu. Aku tak kisahpun lawa ke buruk ke kyra warna sebab kata nak jana kreativitikan so let she enjoy her timela.......biar la dia nak warna muka orang hitam ke, dari rabut sampai kaki merah ke...hahaha.....dah tu yang dia pikirkan .....nanti pelan2 dia blajar la..jangan paksa paksa macam ' kyra, muka orang coklat ok.....kyra, baju ni warna hijau....salah tu..salah ni..' sampai bila la tak kreatip jadinya......okla, ni aku letak gambar budak excited ni menampal2 felt ni..........

tekan beriya tu

kyra memang serius bila buat benda

tada....:))