Wednesday, March 29, 2006

what's wrong with me???

kenapa dengan aku?aku pun tak tahu...hari ni agak membosankan...takde mood langsung......
rasa rimas......rimas.....tension.....

Tuesday, March 28, 2006

lama tak update???

da lama rasanya tak update blog...minggu lepas minggu yang agak sibuk...busy dengan kerja dan dengan agenda -agenda yang berderet....
last week aku kena abiskan ujian 1 dan pulangkan kertas kat student......aku tamau simpan lagi kertas derang..penin kepala dan satu lagi nape aku bagi cepat kat student sebab nak derang sedar dan insaf sebelum terlewat...hihi....
ini antara angenda aku minggu lepas termasuk hujung minggu lepas...

24 mac 2006 - lawatan ke kilang gardenia
seperti sem sem lepas..aku kene guide student melihat operasi mana mana organisasi kat malaysia ni..sebab aku lecturer untuk subjek Pengenalan Pengurusan Operasi...macam sem sem lepas aku penah gi kilang Boh kat Cameron Highlands dan kilang lolipop kah Shah Alam......awal bulan Mac lepas aku ikut satu lagi lawatan...tapi ni under lecturer Tenologi Perniagaan...ke kilang CNI....
senang je kerja kursus student2 ni...buat satu kertas kerja nak melawat kilang pastu gi kilang ..tgk operasi..then buat laporan....hii....
Gardenia memang best...layanan yang bagus.....operasi yang tersusun.....menarik.....Tengok la operasi membuat roti daripada input kepada output....
memang syok......aku suka ikut lawatan macam tu sebab dapat ilmu.....boleh bagi contoh pada student aku...untuk pemahaman yang lebih pada derang dan untuk kemudahan aku juga...huhuhu...
lepas gi gardenia student2 aku ni nak ke Sungai Kancing pulak.....aku pun ok laaa...
huhu..kalau aku Sungai Kancing tu begitu struktur geografinya...memang aku tamau pegi...
aku rasa macam gi jungle tracking hari tu....bayangkan jungle tracking dengan kasut baru aku...peh...da la tu......cetek je sungai nya dan lagii....banyak gile kera kat situ...banyak gile..pastu kerja derang ..curik makanan....huhu...abis makanan student aku kene curik...sib baik makanan aku dapat diselamatkan.......sampai rumah hari tu dalam pukul 8.......sib baik sempat magrib lagi...

25 mac 2006- pernikahan ira dan jaq
aku cuti hari ni..sebab apa?? sebab nak rewang umah sayang....adik sayang ira, nikah hari ni...
nikahnya belah pagi so dalam pukul 8 sayang dah datang amek aku kat umah..emmm....aku gabra juga hari tu sebab aku ni jenis tak penah rewang......
tapi aku sendiri kagum ngan diri aku..pandai juga aku rewang rupanyaa....jadi orang dapur aku hari tu......hari tu semuapun oklaa...
makcik sayang++family sayang semua ok.....walaupun aku tak biasa...tapi aku ok......
so...congrats to ira and jaq.....aku pun tumpang bahagia...


26 mac 2006- konvokesyen sayang
finally...setelah bertungkus lumus study....dengan penuh kesabaran + ketekalan + kesanggupan dll...akhirnya sayang konvo akhirnya.....tahniah untuk my darling sempena konvokesyen untuk ijazah nyeee....
aku ikut sayang ngan familynya ke hotel nikko sempena graduasi sayang. kitaorang bertolak pukul 5 pagi...hihihi...pukul 5 pagi tau.......pukul 3 aku da jaga da...pastu tak leh tido....gabra mungkin...
aku ni penakut mungkin.....hahaha...
dari hari sayang ajak aku ikut aku da cuak....aku takut kalo kalao tak biasa ngan mak ayah dan adik sayang.....emmm.....lain dari merewang tuu....hihi....
so...sepanjang perjalanan aku rasa aku diam jeee.....mungkin tu satu tindakan yang tepat......yela...jangan memadai mandai takk....
gamba pun aku tak banyak snap...aku pun tak tahu nape aku hari tu....
biasala aku..kalo nervous + ngantuk + penat.....huhu....mood mesti tak de...sekarang ni bila aku tgk balik gamba sayang yang aku ambil....nyesal pulak sebab tak banyak....(teringat yang sayang minta tolong aku jadi photographer untuk graduasi diier...huhuuuu)
tapi tulaa...aku sendiri dalam keadaan masih cuba nak sesuaikan diri....so aku mungkin segan + malu + tak bule pikir + tah pape......hmmmmmm
siannya kat fendi.....tapi aku memang nervous pagi tu.....
balik dari konvo kitaorang gi Nilai 3...mak sayang nak beli kain....beli untuk aku sekali...emmm...apek kat kedai ke tiga kitaorang masuk memang lawak...ingat lagi aku muka dierr..haha...btw ..mekasih kat makcik sebab belanja aku kain ngan tudung......
kesimpulanya....mak ayah sayang ok....baik....ira pun ok....sayang lagila ok....hihi...
cuma pada aku....dalam apa apa jua keadaan kita kena pandai sesuaikan diri...dan menyesuaikan diri walau di mana ..walau dengan siapa....ia tugas yang agak sukar......
sekarang aku teringat dengan kata kata huda (huda, kalo ko baca la blog aku..hihi)- benda paling gerun bila kahwin adalah proses menyesuaikan diri dengan keluarga mentua....huhu..aku akui hakikat itu sekarang...
tapi apa pun aku bersyukur mak ayah sayang baik...sporting....dan aku bersyukur dengan itu......cuma pada aku...aku perlu bersedia untuk proses menyesuaikan diri dengan lebih rapat........
bukan mudah sesuaikan diri....bukan mudah...emmmm
step by step laa....apapun ..go for it......

Thursday, March 16, 2006

ujian

cuti sem da nak abis da. kertas ujian pun aku lom abis tanda lagi.fuhhh.....penin baca jawab student. Macam macam. Yang tak penah ajar pun keluar juga...Tadi baca satu jawapan..punya la pecah perut aku ketawa..haii....kadang kadang baca jawapan derang..nak gelak ada, nak marahpun ada....tapi yang penting la...SABAR....emm..Untuk subjek Pengenalan Pengurusan Operasi aku da habis tanda...tinggal subjek Prinsip Pemasaran ni...kali ni ujian aku bagi banyak soalan pulak...student pun ramai...tu yang lambat semacam je tu...nak nak pulak..tengah cuti sem...sakit malas tu datang sokmo..
tak de benda sangat yang jadi dua tiga hari ni...sumenya macam biasa...
mak demam belum baik lagi..da lama da..aku doa cepat mak sembuh...

Monday, March 13, 2006

cancel trip....

sepatutnya aku gie shah alam hari ni. Mengiringi student yang terlibat ngan BTN. Tapi...bangun pagi tadi rasa malas jekk...dan aku da tak de mood pun nak jalan ...huhu.......sian kat Kak Raja jee...tapi nasib baik die ok masa aku cancel tadi....tak pela ehh...

Sunday, March 12, 2006

naper tak cakap!!???

aku belum lagi nak balik sebenarnya tadi. Aku nak jalan jalan lagi sebenarnya tadi. Tapi..kenapalah aku tak cakap...cakapla...
malu kut...arggggghhh..tak nak balik sebenarnya.....tak nak balik....tak nak balik...tapi hakikatnya...aku kat depan pc kat bilik aku sekarang....uwaaa...da balik daa.....bencilaa...

Thursday, March 09, 2006

cerpen 1

kali ni aku nak share cerpen yang aku buat untuk sape sape yang melawat blog ni. Kalau ada masa ++ idea aku suka buat cerpen. Tapi biasanya kene tengok busy ke tak laa...selalu nya kalau busy aku simpan je idea tu sampai berkarat...hehe...cepen ni da lama da aku buat. Tahun lepas....enjoy....:)


PENCURI

Petang itu, Irwan pulang ke rumah seperti biasa. Selepas melalui kesibukan jalan raya dan menempuh lampu isyarat, kereta Waja itu akhirnya masuk ke dalam garaj. Memang seperti biasa Irwan akan sampai di rumahnya dalam lingkungan jam 6 petang. Jika hari hari biasa, selepas memakirkan keretanya, Irwan akan melompat keluar dari keretanya Namun tidak seperti kebiasaanya, kali ini Irwan termenung seketika di dalam keretanya sambil tangannya masih memengang staring kereta. Matanya terpaku memandang ke hadapan. Tidak seperti hari biasa, hari ini dia lebih resah. Gelisah. Hampir 15 minit dia begitu. Fikirannya terawang awang memikirkan sesuatu. Hatinya terasa bagai sebak. Bagaimana harta kesayangannya itu boleh di curi orang. Tetapi Irwan pelik, pencuri ini lain dari yang lain. Tidak profesional langsung. Irwan termenung lagi. Memikirkan hartanya itu. Memang benar. Ia sudah dicuri. Irwan meraup rambutnya yang terjuntai di dahinya kebelakang. Bagaimana masalah ini boleh di selesaikan?


Puan Ashikin memandang ke arah anaknya. Dahinya sedikit di kerutkan. Apa yang di sedarinya, sejak pulang dari kerja tadi, anaknya hanya duduk melayan perasaan. Seolah olah memikirkan sesuatu yang besar. Semasa makan malam tadi, tidak seperti biasa, anaknya kali ini tidak mahu makan bersama. Puan Ashikin agak gusar. Apakah yang sedang di fikirkan anaknya itu. Tidak pernah anaknya berkelakuan seperti itu. Malam itu, anaknya tidak seperti malam –malam biasanya.


Irwan duduk mengadap komputer ribanya. Namun jari jemarinya tidak langsung menentuh papan kekunci komputernya. Matanya hanya memandang tepat papan kekunci itu. Tiba-tiba dia merasakan bahunya disentuh. Sentuhan yang lembut dan dia dapat merasakan sentuhan yang sungguh bahagia. Dia tersenyum memandang ibunya.
“ Kenapa ini, Wawan?. Ibu tengok dari petang, Wawan asyik termenung je. Jamah makanan pun tak mahu. Wawan tak sihat? Ada masalah?”
Irwan tersenyum. Bahagian atas keperihatinan ibunya itu.
“Wawan tak ada apa –apa, bu. Wawan ok je.” Irwan berselindung sedang fikiranya terus ke arah kecurian itu.
“Ibu tak rasa Wawan ok. Muka mengalahkan ayam berak kapur je. Apa yang runsing sangat tu.”
“Ibu nak tahu?” Ibu separuh abad itu segera menganggukkan kepalanya.
“Ada orang mencuri barang kesayangan Wawan.” Ibu tua itu terkejut.
“Barang apa, Wawan?”
Irwan hanya menghela nafas panjang.


Pagi tadi Irwan menghadiri satu perjumpaan dengan Ketua Jabatannya. Membincangkan strategi yang bakal di lancarkan untuk produk baru syarikatnya. Mesyuarat yang memakan masa 2 jam itu di rasakan terlalu membosankan. Dia seakan bosan dengan rutin sebegitu. Arghhh......kenapa pencuri itu begitu berani. Dapatkah kembali dia barang kesayangannya itu.


Puan Asyikin bagai tidak kuasa lagi bertanya walaupun hatinya agak risau melihatkan keadaan anaknya itu. Puas ditanya barang apa yang dicuri, namun anaknya itu membisu seribu bahasa. Kebisuan itu membuatkan hatinya tidak dapat meneka apa sebenarnya barang yang dicuti, siapa yang mencuri, bila kehilangannya. Ada juga Puan Asyikin bertanya sudahkah laporan polis dibuat. Hanya gelengan kepala saja yang diberikan. Puan Asyikin buntu. Kalau soalannya tidak dijawab, bagaimana dia harus membantu.


Irwan sudah tidak tahan lagi. Bukan dia tidak tahu siapa pencuri itu. Dia tahu. Cuma dia agak terkilan kerana pencuri itu tidak sedikitpun mahu berkompromi dengannya. Sekurang kurangnya, dia boleh memaafkannya kesalahan itu. Dia mahu berhadapan dengan pencuri itu. Dia mahu bertanya kenapa barangnya yang dicuri. Benar –benarkah pencuri itu begitu tertarik dengan barangnya. Dia mahu bertanya kenapa pencuri itu tidak mahu meminta dengan baik. Dia mahu bertanya apakah sebenarnya yang di fikirkan oleh pencuri itu. Irwan menghela nafas panjang. Dia sudah tidak tahan berhadapan dengan situasi sebegini. Tidur malamnya tidak lagi lena. Makannya sudah tidak dijaga. Hatinya seringkali terusik. Resah. Gelisah. Dia mahu keluar dari dibelanggu. Pencuri itu harus di ajar.


“Tunggu...!!” Irwan menjerit. Orang yang dijeritkan itu menoleh.
“Ada sesuatu yang perlu kita bincangkan....”


Irwan memandang tepat pada pencuri itu. Mukanya yang takut sedikit itu agak meyakinkan Irwan. Memang sah. Ketakutan di wajahnya menjelaskan keadaan sebenar. Irwan sengaja mengajak pencuri itu bercakap di taman berdekatan tempat kerjanya.


“Awak pencuri....” orang yang di katakan pencuri itu terkejut. Seolah tidak pernah melakukan kesalahan.
“Apa yang awak maksudkan...”
“Awak tak faham? Jangan berpura –pura. Saya sudah tidak tahan dengan sikap pura pura awak.” Pencuri itu sedikit gusar.
“Dalam diam diam awak mencuri harta yang saya jaga selama ini. Tak siapa berani tahu...hanya awak saja yang berani berbuat demikian.”
“Awak membuatkan hidup saya tidak tenteram. Tahukah awak saya tidak boleh hidup tanpa barang kesayangan saya itu. Siang malam saya memikirkannya. Hidup saya tidak lagi seperti dulu.”
“Banarkah awak rasa yang sayalah pencuri itu.” Galak orang yang dikatakan pencuri itu bertanya.
“Saya yakin seratus peratus. Amat yakin.”
“Tapi....bukan saya sorang saja yang mencuri. Awak juga adalah pencuri." Irwan diam sambil menghela nafas panjang. Pelik..dia tidak lagi gusar. Tetapi tiba -tiba dia berasa begitu senang.

Puan Asyikin dan Puan Karina tergelak bersama. Gelak yang berpanjangan. Hati mereka bagi dicuit –cuit.
“Puas saya fikir barang apa yang hilang. Apa sangat yang berharga sampaikan muka bagai ayam berak kapur.” Puan Asyikin berkata sambil hujungnya di sambut dengan tawa.
“Itulah...bila di tanya tidak mahu pula menjawab. Malulah agaknya.” Puan Karina menyambung. Mereka ketawa lagi.
“Ibu..., janganlah gelakkan Wawan lagi.” Irwan menjeling ke arah Irsalina. Puan Karina tersenyum. Puan Asyikin seraya memandang ke arah anaknya, Irsalina.
“Buruk benar rupa orang bila hatinya dicuri ya....”Ketawa itu terus berpanjangan.
Irsalina masih terseyum malu. Tak di sangka, dia berjaya mencuri hati Irwan dalam diam dan dalam masa yang sama Irwan juga berjaya mencuri hatinya.
Bila hati dicuri.........segalanya serba tidak kena.

jannah
10.54 pm
7/7/05

Sunday, March 05, 2006

ira's wedding

15 april ni ira akan jadi pengantin...hehe..tapi aku rasa..selain die yang nervous aku pun tumpang nervous juga...hehe.Ada sebabnya aku rasa nervous. Sebab aku kene amek gamba kat majlis tu..huhu...
memang la aku suka amek gamba...tapi selalu nya suka suka je tapi ni untuk serius punya aku gabra la juga...tapi nasib baik mak fendi kate amek gamba saje saje, sebab ira nanti gi studio amek gamba.....so skit lega laa....
tapi aku still kene carik bahan camne bule amek gamba yang paling best untuk orang kawin.....yela kawin sekali seumur hidup tuu....